Pu Riz : Bila Saguhati Spm Jadi Isu [VIDEO]
PU RIZ : BILA SAGUHATI SPM JADI ISU
Menerusi satu entri di laman Instagram, pendakwah PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi penjelasan berhubung sesetengah individu yang mempersoalkan tindakannya memberi hadiah saguhati berupa wang tunai RM300 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Jelas suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, dia tiada niat untuk merendahkan pelajar yang mendapat keputusan kurang memberansangkan. Tambahnya lagi, pemberian wang ganjaran itu hanyalah usaha yang kecil kerana ada di antara penerima hadiah tersebut benar-benar memerlukan bantuan dari segi kewangan kerana masalah peribadi dan keluarga masing-masing.
“Kau bagi RM300 je buat apa?” Pertamannya, saya nak klarifikasi di sini tujuan saya beri saguhati ini bukanlah berniat untuk merendahkan pihak yang kurang keputusannya dalam SPM.
“Tujuannya adalah untuk pembakar semangat agar terus dan terus lagi berjaya.. Ye betul ini hanya usaha yang kecil. Tapi ada di kalangan pelajar yg saya pilih memang betul betul memerlukan.
“Ada yang dari kampung mak ayah tak sihat, ada yang kurang upaya dan bermacam lagi cerita yang sadis… kegembiran manusia apabila dibantu manusia yang lain.. خير الناس انفعهم لناس Sebaik baik manusia adalah mereka yang beri manfaat pda manusia yang lain.
“Ini antara yang saya mampu. Saya bantu. Inn sha Allah ada peluang saya bantu lagi dengan izin Allah SWT mudah. Tahniah kepada semua pelajar SPM. Walau berapa pun keputusan anda. Kejayaan bukan bergantung kepada hanya kepada SPM,” jelas PU Riz.
Dalam hantaran tersebut, Haris juga sempat menitipkan pesanan buat bakal pelajar yang akan menduduki SPM agar sentiasa melakukan amalan baik seperti bersedekah dan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa. Haris juga berkata bahawa dia akan terus memberi bantuan sedemikian rupa jika diizinkan Allah S.W.T pada masa akan datang.
“Yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini do your very best! Baikkan hubungan dengan Mak ayah. Sentiasa sedkah walaupun kalian pelajar. Banyakkan amalan sembunyi kita dengan Allah (jangan pamerkan). Inn sha Allah suatu hari nnti kejayaan yang besar akan kalian perolehi inn sha Allah..,” katanya
PU RIZ : BILA SAGUHATI SPM JADI ISU
Baca Artikel Menarik :
- Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta
- FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO]
- Agong panggil Speaker Dewan menghadap
- Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya
- Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi
- Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.