EURO 2020, Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir

EURO 2020, Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir. Switzerland berjaya menyingkirkan juara dunia, Perancis menerusi penentuan penalti selepas menang 5-4 dalam saingan Euro 2020 pagi tadi.

Penjaga gol Yann Sommer menafikan penalti penyerang Perancis Kylian Mbappe yang gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu.

Ia sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Vladimir Petkovic itu bakal mara ke kelompok lapan terakhir untuk bertemu Sepanyol.

Kedua-dua pasukan itu terikat 3-3 pada masa sebenar.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Copanhagen, Sepanyol menempah tiket ke suku akhir selepas menang 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken.

Pasukan kendalian Luis Enrique dilihat mensia-siakan peluang pada minit terakhir masa sebenar, namun jaringan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal pada tambahan masa setengah jam menyempurnakan kemenangan epik itu.

Sepanyol bakal menemui Switzerland di Saint Petersburg, Russia awal pagi Sabtu (waktu Malaysia).

EURO 2020, Sepanyol singkir Croatia, Perancis gagal ke suku akhir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Jutawan Segera’ Ke Penjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker