Indonesia beri vaksin Sinovac rakyat berusia 12-17 tahun

Indonesia beri vaksin Sinovac rakyat berusia 12-17 tahun

INDONESIA akan memberikan vaksin Covid-19 Biotech Sinovac dari China kepada rakyatnya yang berusia antara 12 hingga 17 tahun dengan segera.

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi berkata, beliau maklum dengan keputusan agensi perubatan dan makanan (BPOM) negara itu yang meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Sinovac untuk mereka seawal usia 12 tahun.

“Jadi pemberian vaksin untuk kanak-kanak pada usia itu (12-17 tahun) dapat dimulakan dengan segera,” katanya hari ini.

Jokowi yang bersyukur dengan keputusan itu berkata, pemberian vaksin tertinggi di Indonesia dalam sehari adalah adalah sebanyak 1.3 juta dos yang direkodkan Sabtu lalu.

Indonesia memberikan vaksin Covid-19 yang majoritinya adalah Sinovac, diikuti oleh AstraZeneca dan Sinopharm kepada rakyatnya.

Ujarnya, beliau berharap kadar pemberian vaksin sekitar 700,000 dos sehari akan berterusan bulan depan.

Beliau pada masa sama menetapkan sasaran sebanyak 2 juta orang penduduk Indonesia akan divaksin pada setiap hari Ogos ini.

Indonesia berdepan lonjakan kes jangkitan Covid-19 sejak kebelakangan ini selain mencatat rekod baharu lebih dari 21,000 kes sehari pada hujung minggu lalu.

Setakat hari ini, Indonesia mencatatkan sebanyak 2,135,998 kes Covid-19 dan 57,561 kematian.

Indonesia menerima kira-kira 104.7 juta vaksin dengan majoritinya dari Sinovac, diikuti oleh AstraZeneca dan Sinopharm.
Utv

Indonesia beri vaksin Sinovac rakyat berusia 12-17 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tarzan’ tidak tahu wanita wujud di muka bumi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker