‘Jutawan Segera’ Ke Penjara

‘Jutawan Segera’ Ke Penjara

Moscow: Kemewahan seorang lelaki Rusia yang menjadi jutawan segera selepas ‘memperoleh’ AS$1.3 juta (kira-kira RM5.3 juta) akibat kesilapan sistem perbankan, berakhir apabila dia dihukum penjara enam tahun.

Semua wang, hartanah dan kenderaan mewah milik Roman Yurkov turut dirampas.

Media melaporkan lelaki terbabit mendapat ‘durian runtuh’ apabila berlaku kesilapan sistem perbankan sehingga dia mengambil kesempatan untuk menggunakan wang berkenaan.

Berdasarkan pendakwa raya, Yurkov membuat 220 transaksi dalam satu malam pada 1 Jun tahun lalu selepas menyedari wujud masalah teknikal ketika mengeluarkan wangnya.

Dengan menggunakan wang hasil transaksi tidak sah itu, Roman membeli empat apartmen, iPhone serta kereta BMW dan Mercedes.

Ketika ditahan pada Disember tahun lalu, hanya AS$540,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang masih berbaki di dalam akaunnya.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tula menjatuhkan hukuman itu atas kesalahan ‘mencuri wang dari akaun bank berskala besar.’

Bagaimanapun, Yurkov tetap mempertahankan dirinya dan mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan.

Berdasarkan penerbitan dalam talian Mash, Yurkov mendakwa dia bangun tidur pada pagi 1 Julai tahun lalu dan terkejut apabila mendapati dirinya kaya sekelip mata.

Apa yang berlaku terhadapnya dianggap sama seperti kisah di dalam filem.

Dia pada mulanya menyangka menang pertaruhan yang dibuat dengan seorang bookie.

Yurkov kemudian segera menghubungi bank dan dia dimaklumkan tiada sebarang masalah dalam transaksi akaun banknya.

Dalam tempoh beberapa bulan berikutnya, dia mula membelanjakan wang itu untuk membeli apartmen dan kereta mewah.

Pada November tahun lalu, akaun banknya disekat dan sebulan kemudian, dia dipanggil untuk berbincang dengan bank sebelum ditahan.

Sumber: RT News

‘Jutawan Segera’ Ke Penjara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jutawan Playboy Tiduri 4,000 Wanita Mati Dipercayai Diracun Isteri Sendiri

Remaja lelaki 17 tahun jutawan BSN SSP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker