Jutawan Playboy Tiduri 4,000 Wanita Mati Dipercayai Diracun Isteri Sendiri

TOKYO  – Seorang jutawan Jepun yang terkenal kerana meniduri 4,000 wanita mati disyaki diracun oleh isterinya sendiri kerana wanita itu mendakwa ingin menjadi yang terakhir ditiduri suaminya, lapor akhbar The Sun semalam.

Saki Sudo, 25, dituduh membunuh Kosuke Nozaki, 77, tiga tahun lepas selepas mengahwini jutawan itu pada Februari 2018.

Nozaki yang menjadi kaya-raya menerusi perniagaan hartanah, pertanian dan pinjaman wang itu mati dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas mengahwini Sudo.

Nozaki dikenali kerana meniduri 4,000 orang wanita. – The Sun

Menurut laman berita Tokyo Reporter, Nozaki berbangga kerana telah meniduri 4,000 wanita dan pernah menulis sebuah buku bertajuk ‘Don Juan of Wakayama’ pada tahun 2016 iaitu gelaran merujuk kepada dirinya sendiri.

“Tujuan saya mengumpul kekayaan adalah untuk berjanji temu dengan wanita-wanita cantik,” tulisnya.

Dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan kepada Sudo mengenai sama ada wanita itu mahu menjadi wanita terakhir dalam hidupnya.

Pada  Mei 2018, Nozaki ditemui mati oleh Sudo di atas sofa di kediaman mereka di Tanabe.

Polis kemudiannya mendapati terdapat kesan dadah dalam sistem badan jutawan itu.

Sudo kini ditangkap manakala siasatan kes masih berlangsung. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker