Pensyarah minta rasuah dari pelajar ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pensyarah lelaki hari ini, kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajar.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta, ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang tadi.

Menerusi hasil siasatan, lelaki tersebut didapati meminta dan menerima wang rasuah daripada lima orang pelajar akademi berkenaan tahun ini, masing-masing RM300.

Ia sebagai untuk mengubah keputusan ujian subjek ‘Animation 2 – Rigging’, daripada gagal kepada lulus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit. Bernama

Profesor direman enam hari bantu siasatan rasuah beli tanah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker