Gantung diri di jejantas selepas dijangkiti Covid-19


Gantung diri di jejantas selepas dijangkiti Covid-19

BALAKONG – Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong.

“Maklumat daripada waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa berjaya diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat. K Online

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN (1)(L) CINA GANTUNG DIRI.

Pada 28/06/2021 jam lebih kurang 0747 hrs, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terima panggilan MERS 999 daripada orang awam memaklumkan terlihat ada (1)(L) bangsa tidak pasti gantung diri di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Siasatan awal mendapati, simati ialah (1)(L) berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.

Maklumat awal daripada waris simati mendapati simati disyaki dijangkiti COVID-19 dan simati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Mayat simati berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak BOMBA dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.

Kenyataan Media
KPD Kajang
28/06/2021 @ 1235 hrs

Gantung diri di jejantas selepas dijangkiti Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan ‘bunuh’ rakyat dengan kegagalan PKP 3.0

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker