Covid dibimbangi, perut rakyat berbunyi
Covid dibimbangi, perut rakyat berbunyi
SEMEMANGNYA dua perkara asas penting membina negara adalah kedaulatan dan ekonomi. Begitu juga kepada rakyat, keselamatan diri dan keluarga serta perut terbela.
Kehidupan kini amat mencabar, semua golongan terkesan dengan situasi pandemik Covid-19. Si peniaga memikirkan hutang tak berbayar dan tabung syarikat semakin mengecut.
Si rakyat jelata di kampung pula memikirkan bekalan dapur yang semakin kekurangan. Jika dihitung kesusahan sana sini, pasti tidak terbilang.
Begitu juga tabung kewangan negara, setiap masa semakin berkurang dek kerana menanggung kos belanja mengurus.
Di setiap pelosok negeri, di setiap itulah rakyat semakin susah, malah sampai tahap merana.
Ada yang sudah kehabisan wang dalam bank dan poket, ada juga kehabisan idea dan buntu mencari sesuap nasi dan hutang. Notis dan pesanan SMS peringatan tunggakan kereta dan rumah. Si penarik juga semakin banyak tugas untuk dilaksanakan kerja.
Ada yang begitu lemah semangat dan iman akan terus terjerumus kepada kemurungan dan ada juga memilih jalan bunuh diri. Punca daripada kewangan dan bertali arus kepada masalah berkait seperti hutang, pengurusan kewangan keluarga dan lain-lain.
Apa lagi nak dibuat? Sampai bila masalah Covid-19 ini akan selesai? Dua minggu, satu bulan atau bila?
Cukup dengan dua persoalan itu dulu, itu pun banyak juga hujahan dan alasan akan diberikan semua pihak, jika dihimpunkan.
Jika ditanya pihak pemerintah, mereka akan jawab banyak sudah kita telah lakukan demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Rakyat juga turut menjawab, kita telah ikut arahan apa yang pemerintah buat, sampai menyeksa emosi dan diri.
Jika fenomena ini berterusan, antara Covid dibimbangi dan perut berbunyi. Rasa-rasanya rakyat akan memilih jalan yang mana?
Apa pun pilihan kita, dua-dua itu penting dan perlu untuk kita bersabar, jika kita memilih jalan sebegitu.
Di kesempatan ini, ambo menyarankan agar kerajaan memberi pertimbangan yang sebaik mungkin seperti berikut;
‘Lockdown’ secara berfokus jika daerah dan negeri kes Covid-19 telah mencecah zon kuning. Bukalah semua sektor ekonomi supaya rakyat boleh pelihara perut keluarga mereka supaya tidak berbunyi.
Laksanakanlah moratorium secara automatik kepada semua. B40 boleh belanja RM600 bayaran kereta kepada belanja keluarga. M40 yang bayar kereta RM1,200 boleh berbelanja lebih buat keluarga serta para penjaja. T20 boleh menggunakan kos pinjaman puluhan ribu kepada staf mereka, tiadalah mereka mengurangkan pekerja.
Minta kerajaan mengubah cara penyampaian bantuan. Sebelum ini kita isytihar baru beri bantuan. Semoleknya, bantuan masuk lockdown terlaksana. Rakyat kampung bukannya ada simpanan yang boleh bertahan berbulan. Mereka umpama kais pagi makan pagi sahaja. Bila lockdown empat minggu, macam mana mereka nak jalani hidup. MG
Mohd Ridzuan Ibrahim
Covid dibimbangi, perut rakyat berbunyi
Baca Artikel Menarik :
- Mustapa makan di cafe, langgar sop
- Kerajaan jagalah rakyat, mereka kini menangis
- Recall system’ beri mandat kepada pengundi
- Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang
- Resepi Pecel Sayur & Tips Kuah Pecel Tahan Berbulan
- Resepi Sup Ekor Thai Power
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.