Graduan ancam bunuh wanita sokong Ain ditahan


Graduan ancam bunuh wanita sokong Ain ditahan.

Seorang graduan United Kingdom ditahan polis kerana disyaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap seorang wanita yang menyatakan sokongannya kepada pelajar Tingkatan 5, Ain Husniza Saiful Nizam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 20-an yang berasal dari Kulim, Kedah itu telah ditahan dan telefon bimbitnya dirampas bagi membantu siasatan polis.

“Suspek baharu sahaja menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom itu telah diambil keterangan oleh polis berkaitan posting berbaur ancaman bunuh dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan di sini.



Dalam perkembangan berkaitan, Asmadi berkata, Ain Husniza juga telah dipanggil polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes yang dilaporkan oleh pengadu pada 10 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Menurut beliau, ianya berpunca daripada komen wanita berkenaan berhubung dakwaan gurauan rogol guru pendidikan jasmani membabitkan Ain Husniza yang dibalas oleh suspek seperti ugutan melalui Twitter.

“Kewajaran kenyataan Ain Husniza diambil adalah untuk lengkap siasatan berkaitan kes tersebut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.



Ain Husniza sebelum ini menjadi perhatian selepas mendedahkan mengenai tindakan gurunya membuat jenaka lucah.

Kes masih disiasat oleh polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh selepas beberapa individu antaranya pelajar sekelas serta guru berkenaan yang berada semasa insiden itu selesai diambil keterangan pada Mei lalu. MG

Graduan ancam bunuh wanita sokong Ain ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri anggota polis kena penjara 30 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker