Undi angkat tangan calon PM di Parlimen

Sebaran :


Undi angkat tangan calon PM di Parlimen

Undi angkat tangan calon PM di Parlimen baru ‘gentleman’, kata Zaid

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim membidas budaya mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen yang masih berlaku ketika ini bagi melantik perdana menteri dengan pembentukan kerajaan baharu.

Katanya, setiap Ahli Parlimen perlu bersikap “gentleman” dengan membuang undi di dalam Parlimen, bukannya menandatangani SD menyokong seseorang untuk diangkat sebagai calon perdana menteri.

“Surat sumpah bolehlah gunakan tandatangan isteri pertama setuju kahwin seorang lagi, tapi nak pilih perdana menteri buat secara ‘gentleman’ angkat tangan di Parlimen,” katanya di Twitter.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas pihak mana yang dimaksudkan untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Semalam Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada Umno mengaku beliau telah menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri.

Shahidan berkata, Ahli Parlimen itu memberitahunya beliau menandatangani dokumen sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta seorang individu “kenamaan.” FMT

Undi angkat tangan calon PM di Parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolak polis sampai terjatuh ketika ditahan


Sebaran :

Leave a Reply