Durian Vietnam, tektik licik syarikat Thailand

Sebaran :


Durian Vietnam, tektik licik syarikat Thailand

Bangkok: Pemilik syarikat buah-buahan di wilayah Chanthaburi, Thailand ditahan selepas didapati menggunakan pensijilan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengilangan Baik GMP) palsu untuk mengeksport durian Vietnam ke China.

Syarikat itu didakwa memperdaya pelanggan dengan memberitahu buah dieksport itu kononnya durian dari Thailand.

Nation Thailand melaporkan, suspek ditahan oleh pegawai polis dari Balai Polis Muang Chanthaburi dalam satu serbuan.

“Kami menyiasat syarikat buah-buahan, Lung Tu Odd yang terletak di daerah Khlong Narai dekat wilayah Chanthaburi dan mendapati bahawa pemiliknya menggunakan sijil GAP dan GMP palsu.

“Ia dilakukan bagi membolehkan durian import dari Vietnam kelihatan seperti Thailand sebelum mengeksportnya kepada pelanggan di China

“Siasatan awal menunjukkan syarikat itu sudah mengimport lebih dari 18 tan durian dari Vietnam, yang dijual dengan harga 70 baht (kira-kira RM9.17) sekilogram dan merancang untuk mengeksport ke China dengan harga 160 baht (kira-kira RM21) sekilogram ,” kata Alongkorn Polabutr, penasihat Menteri Pertanian dan Koperasi.

Alongkorn berkata, Menteri Pertanian dan Koperasi, Chalermchai Srion sudah mengarahkan Jabatan Pertanian untuk bekerjasama dengan polis, Jabatan Kastam, Jabatan Perdagangan Luar Negeri dan Jabatan Penyiasatan Khas untuk menyiasat lebih lanjut rangkaian syarikat itu serta pemalsuan buah-buahan lain dalam penanaman durian wilayah untuk mengelak reputasi durian Thailand terjejas di pasaran global.

“Eksekutif kementerian akan bertemu minggu ini untuk membincangkan penetapan langkah bagi mencegah pemalsuan buah,” kata Alongkorn.

Statistik Jabatan Kastam menunjukkan Thailand mengeksport durian segar bernilai 65.6 bilion baht (kira-kira RM8.5 bilion) tahun lalu iaitu meningkat 44 peratus berbanding tahun sebelumnya.

China menguasai pasaran utama dengan nilai eksport durian sebanyak 47.7 bilion baht (kira-kira RM6.2 bilion) atau 73 peratus daripada jumlah keseluruhan (eksport durian). HM

Durian Vietnam, tektik licik syarikat Thailand


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ivermectin: PPIM buat laporan polis terhadap KKM


Sebaran :

Leave a Reply