Tren pertama LRT3 tiba di Malaysia

Sebaran :


Tren pertama LRT3 tiba di Malaysia

Tren tiga gerabak pertama bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) selamat tiba di Malaysia kelmarin.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, tren terbabit kini ditempatkan di fasiliti CCRC Rolling Stock (Malaysia) di Batu Gajah, Perak bagi kerja pemasangan bahagian dalaman tren.

Tren tiga gerabak pertama untuk projek LRT3 sudah selamat tiba kelmarin, dan kini berada di fasiliti pemasangan milik CRRC Rolling Stock Center di Batu Gajah, Perak bagi kerja pemasangan bahagian dalaman tren.

“Laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak dibekalkan CRRC Corporation Limited, China.

“Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu dijadualkan dibuka untuk perkhidmatan pada Februari 2024,” menurut kenyataan itu.


Tren tiga gerabak pertama bagi projek pembinaan LRT3 selamat tiba di Malaysia kelmarin. – Foto Prasarana
Tren tiga gerabak pertama bagi projek pembinaan LRT3 selamat tiba di Malaysia kelmarin. – Foto Prasarana

LRT3 adalah sistem transit aliran ringan ketiga di Lembah Klang yang membabitkan 26 stesen dilancarkan pada tahun 2017.

Projek dengan jajaran sepanjang 37.8 kilometer itu, menghubungkan penumpang dari koridor barat Lembah Klang dan pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Projek LRT3 bakal dimanfaatkan lebih dua juta penduduk di kawasan berkenaan, dan akan mengendalikan kira-kira 67,000 penumpang sehari pada peringkat permulaan, sebelum sistem rel urban ‘Greater Klang Valley’ siap sepenuhnya nanti.

Tren pertama LRT3 tiba di Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mayat warga emas berulat ditemui atas tangga


Sebaran :

Leave a Reply