Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff

Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff

“Zahirah sudah cukup cantik, tak perlu balas apa-apa.”

Selepas didakwa wajah seperti pembantu rumah atau bibik, akaun media sosial milik aktres Zahirah Macwilson dibanjiri dengan komen netizen yang mempertahankan kecantikan dimilikinya.

Bukan itu sahaja, kebanyakan netizen turut menasihatkan pemilik nama penuh Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza tidak membalas sebarang kenyataan daripada aktres, Fatiya Latiff yang melemparkan pelbagai dakwaan dalam siaran langsungnya semalam.

“Zahirah dan Aiman jangan beri sebarang respons terhadap wanita itu. Biarkan dia membebel seorang diri mengutuk orang.

“Dia (Fatiya) mungkin sakit dan pastinya Aiman telah buat pilihan yang tepat (mengahwini Zahirah),” komen netizen.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Zahirah dan Aiman setakat ini tidak membuat sebarang komen balas dalam akaun media sosial mereka mengenai hal tersebut.

Manakala, jumlah pengikut Instagram Zahirah juga bertambah daripada 2.4 juta kepada 2.9 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam.

Sementara, ruangan komen beberapa hantaran Instagram milik Fatiya pula dihujani dengan respons negatif yang menyelar tindakannya memburukkan individu lain.

“Buanglah sifat cemburu dan iri hati. Tak elok untuk kesihatan diri.

“Disebabkan kenyataan semalam, saya tak mahu lagi mengikuti akaun Instagram awak,” kata segelintir netizen yang kecewa.

Semalam, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu mengambil suntikan pada bibirnya.

Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. K Online

Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker