Anonymous Malaysia dakwa mula serang laman sesawang kerajaan


KUALA LUMPUR – Selepas memberi amaran beberapa hari yang lalu, malam tadi Anonymous Malaysia mendakwa memulakan serangan siber terhadap beberapa laman sesawang kerajaan.

Menerusi laman Facebook, Anonymous Malaysia berkata, ia telah mula menggodam portal rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, laman sesawang kerajaan negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan kerajaan negeri Perak.

“Pasukan Cyberpunk telah memulakan ‘party’ #OpsWakeUp21,” tulis Anonymous Malaysia 11 jam yang lalu.

Pada 23 Januari lalu, kumpulan itu menerusi satu rakaman video berdurasi 2 minit 29 saat memberi amaran akan melakukan serangan siber terhadap laman sesawang serta aset dalam talian kerajaan.

Kumpulan itu mendakwa sistem keselamatan Malaysia sangat lemah sehingga mengakibatkan berlaku kebocoran data dan penggodam bertindak menjual data peribadi rakyat negara ini.

Majlis Keselamatan Negara melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) kemudian memberi amaran kepada semua agensi kerajaan supaya mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan ancaman ‘Anonymous Malaysia’ untuk menggodam laman web kerajaan.

Polis baru-baru ini mengumumkan telah membuka satu kertas siasatan terhadap kumpulan berkenaan. MG

Siapa penggodam ‘Anonymous Malaysia’? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker