Isteri berang bunuh suami dengan air mendidih


Isteri berang bunuh suami dengan air mendidih

LONDON: Seorang wanita di England didapati bersalah membunuh suami yang dijaganya ketika mangsa tidur menggunakan air mendidih dicampur gula.
Hakim Mahkamah Chester Crown mendapati tertuduh Corinna Smith, 59, telah secara ‘kejam dan menyakitkan’ menyebabkan kematian suami yang dikahwininya selama 38 tahun itu.

Ketika perbicaraan, Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.

Akibat perbuatannya, mangsa melecur 36 peratus sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital.



Dalam kejadian pada awal 14 Julai 2020 itu, Corinna membiarkan sahaja suaminya dalam keadaan parah sebelum memberitahu jiran bahawa dia telah membunuh suaminya.

Tindakannya itu ekoran khabar angin yang didengar mengenai suaminya sehari sebelum kejadian.

Michael dikejarkan ke Hospital Whiston namun meninggal sebulan kemudian pada 18 Ogos.

Perkhidmatan kecemasan mendapati Michael menderita kesakitan dengan kulit di lengan kanan dan tangannya menggelupas.
Sementara itu, Ketua Inspektor dari Cheshire Constabulary, Detektif Paul Hughes, berkata tindakan Corinna membunuh suaminya Michael itu amat kejam dan menyakitkan.



“Menyimbah air mendidih ke atas seseorang ketika sedang tidur amatlah mengerikan.

“Tetapi mencampurkan tiga paket gula dalam air mendidih menunjukkan niatnya untuk menyebabkan mangsa cedera parah.
“Gula yang dimasukkan ke dalam air membuatkan ia menjadi pekat serta melekit dan membuatkan ia lebih meresap ke dalam kulit,” kata Paul Hughes.

Hukuman terhadap Corinna ditetapkan pada 9 Julai ini.

Isteri berang bunuh suami dengan air mendidih.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pukul isteri, anak kerana terganggu tangisan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker