NASA bina teleskop kesan asteroid berpotensi bahaya

NASA bina teleskop kesan asteroid berpotensi bahaya

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) meluluskan pembinaan teleskop dikenali sebagai Pemantau Objek Berhampiran Bumi bagi mengesan asteroid yang boleh menimbulkan ancaman kepada bumi pada masa depan.

Teleskop inframerah sepanjang 609.6 sentimeter akan membantu ahli astronomi dan saintis planet mengesan asteroid `berpotensi menyebabkan bahaya’ serta komet dalam lingkungan jarak 48.28 juta kilometer (km) dari orbit bumi, yang juga dikenali sebagai objek berhampiran bumi (NEO).

Lapor Daily Mail, NASA memaklumkan, terdapat lebih 25,000 NEO dan masih banyak lagi dalam proses untuk dikesan.



NASA mengklasikasikan NEO sebagai berpotensi berbahaya apabila batu angkasa berada dalam jarak 0.05 unit astronomi dan berukuran lebih 140 meter diameter.

“Teleskop angkasa ini mempunyai keupayaan untuk mengesan asteroid dan komet yang menimbulkan ancaman kepada bumi dalam kadar segera.

“Ia juga direka untuk mengesan 90 peratus asteroid bersaiz 140 diameter atau lebih besar dalam satu dekad dilancarkan,” kata saintis program Pengukur NEO dalam kenyataan.

Pengurus bagi program pemerhatian NEO NASA, Kelly Fast berkata, teleskop angkasa itu juga membolehkan pemantauan dilakukan secara berterusan pada siang dan malam.



“Pemantauan khususnya di kawasan yang mana NEO berpotensi menyebabkan bahaya dan mempercepatkan proses seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, NASA belum mendedahkan butiran terperinci termasuk kos dan kontraktor terlibat yang akan membina teleskop angkasa tersebut.

Pemantau Objek Berhampiran Bumi itu dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh pertama tahun 2026.

Namun, NASA belum memaklumkan tarikh khusus bagi pelancaran teleskop angkasa berkenaan.



NASA bina teleskop kesan asteroid berpotensi bahaya


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker