Jakim tuntut penjelasan Suhakam

Jakim tuntut penjelasan Suhakam

Jakim tuntut penjelasan Suhakam

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menuntut penjelasan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung justifikasi cadangan penyelidikan untuk pengiktirafan gender ketiga di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, Jakim perlu mendapatkan jawapan sebagai mengambil tanggungjawab menangani sesuatu isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

Kata beliau, hal ini kerana pihaknya tidak mahu data-data yang dikumpulkan disalah guna untuk memberi gambaran realiti sosial yang salah, memandangkan matlamat kajian secara jelas adalah berat sebelah, iaitu ke arah memberi pengiktirafan kepada jantina ketiga.

“Setakat ini Suhakam belum memberi jawapan. Saya melihat, adalah lebih baik untuk Suhakam menggunakan peruntukan yang diberikan kerajaan bagi mengkaji isu yang lebih relevan dengan situasi pandemik yang mendesak, terutama berkaitan dengan isu-isu hak asasi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Suhakam perlu jujur dalam menentukan kajian yang lebih penting dalam merealisasikan hak asasi manusia di Malaysia.

Apa yang lebih utama, katanya, hormatilah Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi rakyat majoriti Islam yang berpegang teguh dengan agama dan nilai moral.

Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku

Apatah lagi, menurut beliau, kenyataan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Seri Mohd. Hishamudin Yunus yang mengatakan bahawa isu transgender adalah satu ‘medical condition’ yang tidak dapat dirawat dan akan membelenggu seseorang itu seumur hidup adalah sangat mengecewakan dan jelas menyimpang daripada fakta sebenar dan juga ajaran Islam.

Jelasnya, hujah bahawa  hak asasi seseorang itu tidak boleh dinafikan semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender yang mempunyai ‘jiwa’ yang bertentangan dengan fitrahnya sangat sukar untuk diterima akal.

“Jiwa yang bertentangan dengan fitrah perlu diuruskan supaya ia tidak merosakkan diri dan masyarakat.

“Kalaulah semua perkara boleh dilakukan dengan menggunakan hujah ‘jiwa’, nescaya huru-hara dan kucar-kacirlah dunia kerana kita perlu meraikan segala jenis benda haram yang menjadi kecenderungan manusia,” katanya.

Beliau mengulas hantaran Facebook Suhakam kelmarin menyebut bahawa suruhanjaya itu  sedang mencari penyelidik untuk melakukan kajian bertajuk “Feasibility Of Having Legislation On The Recognition Of A Third Gender In Malaysia”. – UTUSAN ONLINE

Jakim tuntut penjelasan Suhakam


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bangkang Teori Asimilasi, Hua Zong takut bayang-bayang sendiri: Prof Kok Seong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker