Biodata Artis Alyah. Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Alyah. Profail dan latar Belakang

Biodata Artis Alyah. Profail dan Latar Belakang. Datin Noor Hasliah “Alyah” Abu Hasan  lahir pada 3 hb Januari 1981. Alyah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits “Tak Mungkin Kerna Sayang” ciptaan Ajai dan Habsah Hassan.

Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.



Kerjaya

Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau berusia 17 tahun.

Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyi Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim (“Ku Ingin Lari“).

Kerjaya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya.

Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul Senandung Duka dan Bukan Begitu Caranya yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohammad) pada tahun 2001.



Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.

Rakaman Pertama

Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini danTa j Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar.

Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang TV realiti yang lebih mendapat tempat ketika itu.

Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar.



Seterusnya Alyah menyertai kumpulan hip hop The Fabulous Cats (TFC) pada tahun 2006 dan album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik menampilan Alyah sebagai vokalis wanita sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing.

Single pertama kumpulan tersebut “Papa Jahat” melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan sementara lagu-lagu lain seperti “Fantastik”, “Bila-Bila Katakan” dan “Rimas” juga mendapat tempat. Malangnya jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut kerana perselisihan faham. Alyah meninggalkan TFC dan melancarkan kerjaya muzik secara solo kembali.[8]

Album Solo

Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version.

Album ini diedarkan oleh Maestro Records  dan berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu “Tak Mungkin Kerana Sayang” dan “Ku Pinjamkan Satu Bintang” yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.

Beliau melancarkan single terbaharu, “Jutaan Purnama” pada awal 2018.



Pada tahun 2019, Alyah meraikan 19 tahun kerjayanya dalam bidang muzik.

Biodata Artis Alyah.

Datin Alyah
Nama lahir Noor Hasliah binti Abu Hasan
Juga dikenali sebagai
Haslia, Alya, Aliya
Kelahiran 3 Januari 1981 (umur 40)
Gelang Patah, Johor, Malaysia
Genre Pop, R&B, balada, elektropop, pop tarian
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, duta produk, usahawan
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1999–kini
Syarikat rakaman
Like Music Entertainment
Pengkarya berkait
The Fabulous Cats, Riz Zaizizi, Ajai, Aubrey Suwito, Habsah Hassan, Adira
Pasangan Dato’ Ramli M.S
(k. 2013)

FOTO

Biodata Artis Alyah. Profail dan latar Belakang



Biodata Artis Alyah. Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


ALYAH : ANAK SAUDARA ‘DITIDURKAN’ – AKIBAT COVID-19 [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker