Kadar kebolehjangkitan COVID-19 kembali meningkat


Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan peningkatan sejak tiga hari lalu kepada 0.94 semalam, namun angka itu belum membimbangkan kerana masih di bawah 1.0.

Data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook semalam, menunjukkan nilai Rt meningkat tiga hari berturut-turut daripada 0.91 pada Ahad lalu kepada 0.92 pada Isnin dan 0.94 semalam.

Selain itu, data itu turut menunjukkan tujuh negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan semalam, iaitu antara 0.96 hingga 1.05.

Nilai Rt tertinggi 1.05 dicatatkan oleh Labuan, disusuli Sabah (1.04), Negeri Sembilan (1.03), Sarawak (1.01), Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97) dan Selangor (0.96).



Negeri lain pula mencatat nilai Rt antara 0.76 hingga 0.89, dengan Kelantan mencatat Rt terendah.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Dalam pada itu, graf dikongsi Dr Noor Hisham menunjukkan penularan wabak COVID-19 mula menunjukkan trend menaik, selaras peningkatan Rt selama tiga hari berturut-turut.

Graf itu menunjukkan, jumlah kes harian berpotensi turun sehingga mencecah bawah 4,000 kes menjelang hujung bulan ini.



Bagaimanapun, peningkatan Rt ketika ini menyaksikan kes harian berisiko kembali meningkat jika tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkurangan dan jumlah kes harian kembali meningkat. BH


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Klinik swasta diserbu beri Ivermectin untuk cegah Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker