Ardern kritik filem dirinya tangani serangan kejam Christchurch

Ardern kritik filem dirinya tangani serangan kejam Christchurch

Ardern kritik filem dirinya tangani serangan kejam Christchurch

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini mengkritik pembikinan filem yang memaparkan tindak balasnya terhadap serangan masjid Christchurch pada 2019 dengan menyifatkan ia bukan masanya.

Filem ‘They Are Us’ yang disokong Amerika Syarikat (AS) itu menimbulkan kritikan hebat dalam kalangan umat Islam di New Zealand dengan pemimpin komuniti membantah projek didakwa sebagai naratif ‘penyelamat kulit putih’.



Ardern berkata, serangan membabitkan lelaki kulit putih yang bersenjata di dua masjid ketika solat Jumaat itu, yang membunuh 51 orang dan 40 yang lain cedera, kekal sebagai ‘very raw’ bagi rakyat New Zealand.

Beliau mendakwa, pembuat filem yang dibintangi pelakon Australia, Rose Byrne itu tidak pernah berunding dengannya,

“Pada pandangan saya, yang juga pandangan peribadi ia adalah sangat awal.

“Saya rasa banyak lagi cerita yang boleh disampaikan dan bukanlah saya yang menjadi antara subjek yang ditonjolkan. Ada cerita mengenai komuniti dan cerita keluarga,” katanya kepada TVNZ.



Ardern sebelum ini dipuji kerana mempamerkan sikap empati ketika menangani tragedi serangan yang terburuk dalam sejarah moden New Zealand, seperti memakai skaf kepala ketika bertemu keluarga mangsa.

Judul filem itu merujuk kepada ungkapan diutarakan dalam ucapannya apabila kekejaman itu berlaku dan beliau juga memberi sokongan penuh terhadap masyarakat Islam selain akan mengetatkan undang-undang senjata api.

Sebelum ini, satu petisyen daripada Persatuan Belia Islam Nasional dilakukan untuk menghentikan penerbitan filem itu malah ia berjaya mendapat lebih 58,000 tandatangan.

Mereka mendakwa, filem itu mengabaikan mangsa serta mereka yang selamat, sebaliknya memberi fokus terhadap tindakan seorang wanita berkulit putih.



Katanya, komuniti Muslim juga tidak diperjelaskan mengenai projek yang skripnya ditulis penulis skrip New Zealand, Andrew Niccol.

“Entiti dan individu tidak seharusnya mengkomersialkan atau memperoleh keuntungan daripada tragedi yang menimpa masyarakat kita dan kekejaman itu tidak perlu disensasikan,” kata pengerusi persatuan itu, Haris Murtaza.

Pemuisi Islam, Mohamed Hassan juga berkata, penerbit filem sepatutnya memberi fokus terhadap komuniti yang terbabit dalam serangan kejam itu dan bukannya menjadikan filem sebagai alat menonjolkan Ardern. AFP

Ardern kritik filem dirinya tangani serangan kejam Christchurch


Layari Laman Facebook MYKMU NET




Dua tahun serangan tembakan di masjid Christchurch, mangsa terus diingati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker