Rampasan kuasa: Putera Jordan minta bantuan Arab Saudi

Rampasan kuasa: Putera Jordan minta bantuan Arab Saudi

Rampasan kuasa: Putera Jordan minta bantuan Arab Saudi

AMMAN: Putera Hamzah dari Jordan, berhasrat menggulingkan Raja Abdullah II dengan sokongan Arab Saudi, menurut indikmen mahkamah semalam terhadap dua individu yang didakwa.

Bekas ketua istana, Bassem Awadallah yang memiliki kewarganegaraan Arab Saudi dan bekas utusan khas kepada kerajaan, Sharif Hassan bin Zaid didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi.



Peguam tertuduh berkata, dua individu itu turut berdepan perbicaraan Mahkamah Keselamatan Negara bulan ini dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun.

Hamzah yang juga saudara tiri Raja Abdullah dituduh terbabit dalam percubaan mengganggu gugat keamanan negara pada 3 April lalu, bagaimanapun tidak akan diadili dalam perbicaraan itu.

Pihak berkuasa menjelaskan, kes itu diselesaikan dalam keluarga diraja namun pembabitannya dalam kes itu menjadi fokus utama perbicaraan.

“Putera Hamzah mahu memenuhi cita-cita peribadinya untuk memerintah dan melanggar perlembagaan dan adat keluarga diraja.



“Untuk berjaya, dia didakwa memainkan sentimen prihatin dan masalah penduduk malah membangkitkan hasutan dan kekecewaan dalam masyarakat,” katanya.

Awadallah didakwa beberapa media Jordan rapat dengan Putera Mahkota Saudi, Mohamed bin Salman.

Menurut indikmen, Awadallah sangat rapat dengan pejabat kerajaan Arab Saudi dan memiliki jaringan kontak di luar negara.

Hamzah didakwa bimbang dengan sikap Riyadh terhadapnya malah didakwa bertanya kepada Awadallah, adakah pegawai Arab Saudi akan menolongnya sekiranya berlaku sesuatu terhadapnya. – AFP



Rampasan kuasa: Putera Jordan minta bantuan Arab Saudi


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Naftali Bennett tamatkan penguasaan Netanyahu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker