Tampar presiden Perancis, penganggur dipenjara 4 bulan

GLOBAL | Mahkamah mememerintahkan seorang lelaki yang menampar Presiden Perancis Emmanuel Macron pada minggu ini untuk menjalani hukuman penjara empat bulan, lapor Reuters memetik BFM TV.

Damien Tarel, 28, penganggur dan peminat seni pedang abad pertengahan Eropah yang berkata dirinya simpatisan politik kanan, menyerang Macron ketika presiden Perancis itu bersalaman dengan orang ramai pada Selasa lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan kepada Tarel dengan pemenjaraan selama 14 bulan ditangguhkan.

Sebelum ini, Tarel memberitahu mahkamah di Valence, di selatan Perancis, bahawa dia bertindak sedemikian kerana menganggap Macron dikaitkan dengan segala kerosakan di negaranya, kata laporan berita itu lagi.



Tarel berkata beberapa hari menjelang lawatan Macron ke wilayah Drome di selatan Perancis, dia telah memikirkan untuk melemparkan telur atau kek krim kepada Macron, tetapi menjelaskan penampar itu tidak dirancangnya terlebih dahulu.

 

Macron menggambarkan serangan itu sebagai insiden terpencil, berkata keganasan dan kebencian menjadi ancaman terhadap demokrasi.

Tarel menghadapi tuduhan menyerang pegawai awam, suatu kesalahan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda 45,000 euro.



Tarel menyerang Macron ketika presiden itu berjalan untuk menyambut kumpulan kecil orang ramai selepas mengunjungi sebuah kolej vokasional.

Macron menghampiri Tarel yang berdiri di belakang penghadang keselamatan, Tarel kemudian menjerit “A Bas La Macronie” (‘Hancurkan Macronisme’) dan menampar Macron pada bahagian kiri wajah presiden Perancis itu.

Tarel juga didengar berteriak “Montjoie Saint Denis”, semboyan pertempuran tentara ketika Perancis masih bawah sistem beraja.

“Itu slogan patriot,” katanya di mahkamah.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker