Tiga remaja cipta pelitup muka berperisa, RM14 sehelai

Tiga remaja cipta pelitup muka berperisa, RM14 sehelai

Tiga remaja cipta pelitup muka berperisa, RM14 sehelai

JEPUN bukan sekadar sebuah negara yang dikenali di dunia dengan pelbagai jenama automotifnya, ia juga merupakan tempat pelbagai ciptaan inovasi unik yang hanya terjual di sana sahaja.

Malah dengan keadaan dunia masih diselubungi pandemik COVID-19, dan kebanyakan penduduk dunia wajib memakai pelitup muka, ia secara tidak langsung mencetuskan inovasi di negara matahari terbit itu untuk mencuba sesuatu yang baharu.



Terbaharu, tiga orang remaja dari Tokyo Jepun menghasilkan pelitup muka yang mempunyai perisa dan berbau harum sepanjang hari, ilham daripada makanan kegemaran mereka yang cukup terkenal di negara itu iaitu “melon bread” atau “melon pan”.

Minat yang mendalam terhadap roti tersebut telah membuatkan tiga sekawan ini mengimpikan menghidu aroma manis ‘melon pan’ sepanjang hari.

Menurut agensi berita tempatan, mereka bertiga mendapatkan kerjasama daripada sebuah makmal eksperimen, Goku no Kimochi The Labo bagi merealisasikan idea tersebut.

Melon pan dipilih kerana ia cukup popular dalam kalangan penduduk negara matahari terbit tersebut dan makanan ini kebiasannya dibuat dengan pelbagai perisa seperti coklat dan nanas.



Biarpun idea mereka ini kedengaran seperti satu gimik atau gurauan, namun pelitup muka ciptaan mereka ini telah mendapat kelulusan di dalam ujian keberkesanan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Unitika Garmentec.

Malah pelitup muka berperisa ini mempunyai tahap keberkesanan yang setanding dengan pelitup muka komersial lain yang mampu untuk menghalang rembesan atau titisan air yang boleh menyebarkan virus COVID-19.

Pelitup muka ini akan mula dijual bermula 10 Jun ini dengan harga 1,800 Yen atau RM68 untuk lima helai. Utv

Tiga remaja cipta pelitup muka berperisa, RM14 sehelai


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Wanita Ini Meludah Penumpang Lain Gara Gara Ditegur Pakai Pelitup Muka,



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker