Pandu uji kereta: Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman

Pandu uji kereta: Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman

Pandu uji kereta: Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman

Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini baru-baru ini dirujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diteliti sebelum tindakan seterusnya dibuat.

“Kertas siasatan kes itu telah siap dan ia dirujuk kepada USJT Bukit Aman untuk diperhalusi dan diteliti, selepas semuanya selesai, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat pendakwaan bagi tindakan lanjut.

“Setakat ini seramai 10 orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan termasuk Menteri Besar Kedah, penjual kereta dan pemilik pusat jualan kereta serta pengadu dan suaminya, polis juga telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pandu uji kereta: Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Bukit Aman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker