Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu
Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu
Rimas sering menjadi tempat pelepas nafsu, pelakon, Ieda Moin membuat laporan polis di Balai Polis Pudu,Kuala Lumpur, semalam.
Menerima gangguan tersebut sejak September lalu, Ieda atau pemilik nama sebenar, Siti Haida Abd Moin berkata, emosinya turut terkesan akibat perkara itu.
“Dia mula menganggu saya sejak bulan 9 lalu. Saya malas nak layan, mulanya buat tak tahu saja. Cuma semakin lama menjadi-jadi pula.
“Apabila disekat akaun itu, dia membuka akaun baru. Dapat dihidu kerana dia menghantar benda dan ayat yang hampir sama. Mungkin kerana saya berdada besar, budak-budak ini suka lihat, walhal bukan seksi pun.
“Apatah lagi, saya bertudung dan kebanyakkan gambar bersama anak-anak. Cuma suami meminta saya membuat laporan polis kerana sudah melampau apabila menghantar video melancap dan gambar kemaluan,” katanya.
Tegasnya, dia sudah tidak tahan dengan gangguan diterimanya menerusi ruang di Instagram. Malah, dia juga risau jika individu itu bertindak lebih melampau sehingga membabitkan keluarga dan anak-anaknya.
Jika diikutkan, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan polis menasihatkannya untuk turut melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Bayangkan kalau dia mengganggu anak saya pula atau anak saya tertengok mesejnya? Belum lagi kalau tiba-tiba dia boleh muncul depan mata pula suatu hari nanti.
“Takkan sehingga saya perlu menutup akaun kerana Instagram adalah platform untuk saya mencari makan juga. Orang sebegini sakit kerana menganggu emosi dan dalaman kita.
“Tak naklah sampai nak ambil tindakan ke mahkamah atau sebagainya. Cukuplah individu itu dapat pengajaran dan berhenti lakukan aktiviti tak bermoral sebegitu.
“Saya akan ke SKMM juga untuk kes ini supaya mereka dapat mengesan individu itu. Sudahlah cukup di sana, asalkan dia tidak mengulangi hal itu baik ke atas mangsa lain pula,” katanya. Wy
Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU