PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi lebih daripada seorang calon termasuk daripada Sabah dan Sarawak dilihat sebagai janji ‘mi segera’ kumpulan terdesak mencari sokongan untuk menang pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan cadangan itu cuma janji politik sekadar memenuhi permintaan parti politik di Sabah dan Sarawak.

“Tawaran bersifat ‘mi segera’ adalah gambaran kumpulan terdesak. Saya yakin apa saja yang diminta kepada kumpulan terdesak ini, akan dijanjikan.

“Minta sungai pun mungkin diluluskan namun persoalannya apakah ia wajar dan baik untuk masa depan negara,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan salah satu jawatan itu dilantik dalam kalangan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3 Papar memaklumkan jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan jaminan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dilantik, yang menjadi manifesto parti untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Jelajah PH Sabah mengumumkan dua jawatan TPM membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

Tuan Ibrahim menegaskan kewujudan jawatan TPM dalam kerajaan tidak perlu disandarkan kepada keperluan bagi pembangunan sesuatu wilayah sebaliknya signifikan kepada seluruh negara.

Katanya, jawatan Perdana Menteri dan TPM mestilah memikirkan kepada pembangunan seluruh negara.

“Tidak perlu wujud jawatan TPM bagi satu wilayah saja. Ia hanya akan menambah kos bagi kerajaan.

“Selama lebih 60 tahun kita merdeka, semua wilayah diberi perhatian sama. Bahkan kita telah wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apa yang penting bukan jawatan, tetapi perancangan pembangunan dan peruntukan kewangan bagi membangunkan negeri yang miskin bukan hanya di Sabah dan Sarawak tetapi juga negeri di Semenanjung.

Katanya, rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tawaran spontan dibuat, tanpa perancangan yang rapi, kerana pengalaman PH memerintah selama 22 bulan, dengan pelbagai janji dibuat dalam buku khas manifesto tetapi tidak dilaksanakan selepas mereka beroleh kuasa.

Mengulas lanjut, katanya pada masa ini, Perikatan Nasional (PN) tidak membincangkan mengenai jawatan TPM jika parti itu berkuasa nanti. BH

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker