“Awak Terlalu Bodoh Untuk Saya”- King Coco Pula Bidas Kenyataan Prof Muhaya..
Kontroversi perbahasan Profesor Dr. Muhaya mengenai isu ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ masih lagi hangat diperkatakan.
King Coco Bidas Kenyataan Prof Muhaya
Jika sebelum ini, Dr. Amalina membidas kenyataan Prof Muhaya mengenai wanita harus bersikap “bodoh-bodoh sedikit” di hadapan lelaki dan tidak menjadi terlalu berdikari, terbaru selebriti media sosial, King Cocopula tampil memberi pandangannya.
Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco merupakan Instafamous Malaysia yang kini bergelar Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak.
Harus Saling Menghormati
Sama seperti Dr.Amalina, menurut Coco atau nama sebenarnya Marshaira binti Ismail, pemikiran sebegitu harus dihapuskan kerana seorang wanita tidak perlu menjadi ‘bodoh’ hanya kerana enggan dilihat seperti kurang ajar sekiranya mereka disifatkan lebih pintar dari suami.
Pandai bukan bermaksud kurang ajar. Memberi pendapat bukan bermaskud melawan” luah Coco
Tegas Coco, dia turut berkata dalam hubungan seharusnya saling menghormati dan mengetahui batas antara satu sama lain. Malah, dia turut menyimpulkan bahawa ajaran dalam Islam, Nabi telah meletakkan darjat yang sangat tinggi buat seorang perempuan.
“Nabi meletakkan darjat seorang perempuan sangat tinggi. Bukan suruh jadi bodoh bodoh sikit” katanya lagi
Di media sosial, orang ramai mempertahankan kenyataan pakar motivasi itu kerana beranggapan sesetengah netizen telah menyalah tafsir mengenai pandangan Prof Muhaya.
Sumber: Instagram
Baca Artikel Menarik :
- ‘Dihukum’ Penduduk Kampung, Bekas Pesakit Covid-19 Mohon Ampun
- Mona Allen terima mesej ‘gila’
- Resepi Pulut Durian Siam Santan Meleleh
- Resepi Siakap Goreng Sos Plum sedap sekali
- Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS
- Zambry perlu wujudkan rasa muhibah parti dalam BN – Penganalisis
Layari Laman Facebook MYKMU NET