Mahkamah Persekutuan: AG perlu guna kuasa mendakwa berhati-hati

Gambar Hiasan***

Mahkamah Persekutuan menasihatkan agar Peguam Negara (AG) menggunakan kuasa pendakwaan secara berhati-hati, memandangkan mereka yang dihadapkan dengan pertuduhan jenayah berdepan risiko kehilangan punca pendapatan.

Dalam penghakiman bertulis yang ditandatangani Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, mahkamah tersebut berkata keputusan AG untuk mendakwa, jika dibuat berdasarkan salah faham terhadap undang-undang, boleh memberi kesan besar kepada tertuduh, pihak yang terjejas dan masyarakat secara amnya.

Penghakiman itu berkaitan rayuan yang dibuat bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Prof Dr N Sundra Rajoo agar dia diisytiharkan memiliki kekebalan daripada pertuduhan yang didakwa dilakukan ketika memegang jawatan.

Kadir Jasin Bidas Prof. Muhaya: ‘Menanam Benih Pembodohan Sumpahan Paling Hina’

“Bagi tertuduh terutamanya, kesan didakwa termasuk kehilangan reputasi yang sukar dipulihkan, kebimbangan dan gangguan berkaitan soal kerja dan keluarga.

“Jika undang-undang disalah faham atau diguna pakai secara salah oleh AG/PP (pendakwa raya), seperti yang jelas dalam rayuan ini, perayu perlu diberi peluang agar budi bicara itu disemak dengan cara semakan kehakiman.

“Mahkamah ada tanggungjawab untuk menghalang sistem keadilan jenayah daripada digunakan secara sewenang-wenangnya terhadap individu dan menghalang orang tak bersalah daripada melalui perbicaraan jenayah jika AG/PP gagal menggunakan budi bicara selari dengan undang-undang untuk mendakwa,” kata Mahkamah Persekutuan.

N Sundra Rajoo

“Untuk membenarkan sesuatu perkara tanpa merit diteruskan melalui mahkamah jenayah akan memberi kesan besar kepada kerjaya dan kehidupan tertuduh, menyebabkan penggunaan usaha dan masa yang tidak perlu serta kos tambahan dana awam.

“Dalam kes luar kebiasaan atau wajar, lebih baik untuk membatalkan keputusan untuk mendakwa sebelum perbicaraan bermula agar kesukaran tidak sepatutnya terhadap tertuduh, akibat pendakwaan yang tidak betul, dapat dikurangkan,” kata penghakiman itu lagi.

Pada 30 April lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Sundra Rajoo dan memutuskan dia berhak mendapat imuniti daripada sebarang tindakan pendakwaan ke atasnya ketika memegang jawatan itu.

UMNO mahu darurat ditamatkan, tak pernah tuntut Mageran – Asyraf

“Pada pandangan kami, perkataan ‘proses undang-undang’ yang digunakan dalam Bahagian II Jadual Kedua Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 termasuk prosiding jenayah,” kata Tengku Maimun ketika itu.

Mahkamah juga menjawab persoalan undang-undang itu secara afirmatif, bahawa perkataan “kekebalan daripada saman atau daripada proses undang-undang lain” dalam Jadual Kedua Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 termasuk prosiding jenayah.

Walaupun AG mempunyai budi bicara eksklusif untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding jenayah, kata Tengku Maimun, tetapi ia bukan budi bicara mutlak dan tidak terikat dalam kes-kes jarang dan luar biasa serta tertakluk kepada semakan kehakiman.

Sundra Rajoo, 65, mengetuai AIAC dari 2010 hingga akhir tahun 2018.

Terdahulu, dia didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah berhubung dana AIAC berjumlah RM1 juta.

 

Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?

Mahkamah Persekutuan: AG perlu guna kuasa mendakwa berhati-hati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker