“Awak Terlalu Bodoh Untuk Saya”- King Coco Pula Bidas Kenyataan Prof Muhaya..

"Awak Terlalu Bodoh Untuk Saya"- King Coco Pula Bidas Kenyataan Prof Muhaya..

Kontroversi perbahasan Profesor Dr. Muhaya mengenai isu ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’ masih lagi hangat diperkatakan.

King Coco Bidas Kenyataan Prof Muhaya

Jika sebelum ini, Dr. Amalina membidas kenyataan Prof Muhaya mengenai wanita harus bersikap “bodoh-bodoh sedikit” di hadapan lelaki dan tidak menjadi terlalu berdikari, terbaru selebriti media sosial, King Cocopula tampil memberi pandangannya.

Marshaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco merupakan Instafamous Malaysia yang kini bergelar Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak.



"Awak Terlalu Bodoh Untuk Saya"- King Coco Pula Bidas Kenyataan Prof Muhaya..

Harus Saling Menghormati

Sama seperti Dr.Amalina, menurut Coco atau nama sebenarnya Marshaira binti Ismail, pemikiran sebegitu harus dihapuskan kerana seorang wanita tidak perlu menjadi ‘bodoh’ hanya kerana enggan dilihat seperti kurang ajar sekiranya mereka disifatkan lebih pintar dari suami.

Pandai bukan bermaksud kurang ajar. Memberi pendapat bukan bermaskud melawan” luah Coco

Tegas Coco, dia turut berkata dalam hubungan seharusnya saling menghormati dan mengetahui batas antara satu sama lain. Malah, dia turut menyimpulkan bahawa ajaran dalam Islam, Nabi telah meletakkan darjat yang sangat tinggi buat seorang perempuan.



“Nabi meletakkan darjat seorang perempuan sangat tinggi. Bukan suruh jadi bodoh bodoh sikit” katanya lagi

Di media sosial, orang ramai mempertahankan kenyataan pakar motivasi itu kerana beranggapan sesetengah netizen telah menyalah tafsir mengenai pandangan Prof Muhaya.

Sumber: Instagram


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker