Tanah runtuh: Sultan Johor zahir ucapan takziah

Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor awal pagi hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda amat sedih apabila mendapat tahu tentang tragedi berkenaan.

“Saya amat sedih apabila membaca berita ini dan berharap seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa banyakkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 21 korban tragedi telah disahkan dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor sehingga pukul 7.30 malam tadi.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, seramai 12 orang mangsa masih belum ditemui daripada keseluruhan mangsa yang berjumlah seramai 94 orang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker