Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
POLIS mengesahkan lelaki menunjukkan ves keselamatan polis dalam rakaman video seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah seorang pegawai kanan polis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Razlam Ab Hamid berkata, pegawai tersebut kini sedang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
“Pada 26 Jun pukul 9 pagi, polis Daerah Timur Laut telah terkesan satu rakaman klip video dimuatkan pemilik akaun Tiktok Tommy.Tan2 memaparkan kejadian seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.
“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam dan individu terbabit merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rakaman sebuah video berdurasi enam saat dimuat naik di aplikasi TikTok tiga hari lepas, memaparkan seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam.
Baca artikel lain: Kerajaan teliti akta tertentu bagi hukuman berat kesalahan curi kabel komunikasi – Fahmi
Sementara itu, dalam satu lagi kes yang tular berhubung dakwaan kematian di sebuah perumahan polis, Razlam berkata, kejadian disahkan berlaku pada 18 Mac lepas di perumahan polis di Georgetown.
Beliau berkata, polis terkesan klip video berdurasi dua minit 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @satees_urimai pukul 6.30 petang semalam dengan mendakwa kononnya kes itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada polis.
“Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 18 Mac dan siasatan pihak polis di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang kesan akibat daripada perbuatan jenayah.
“Bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan susulan terjatuh dari tempat tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kes masih dalam siasatan dan mengunggu laporan bedah siasat serta kimia. Utv
Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
Sudahlah kalah, lamaran ditolak