Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

BEKAS suami kepada aktres terkenal Nora Danish,Nedim Nazir berkongsi keadaan dirinya yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nedim atau. Mohamad Nedim Nazri memuat naik gambar selimut putih hospital dengan kapsyen yang menyatakan usianya yang semakin lanjut.



“Dah 41 tahun dan sekarang saya berada di hospital (ICU),” tulisnya.

Namun begitu, Nedim tidak memberikan butiran lanjut mengenai penyakit yang dialaminya.

Perhatian ramai juga tertumpu kepada Nora Danish yang turut memuat naik hantaran melawat bekas suaminya dengan kapsyen berbaur ucapan semangat.

“Stay strong, Daddy,” tulis Nora.



Mengimbau semula, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah dengan cara baik melalui prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

Nora sebelum ini menyatakan bahawa rumah tangga mereka berada dalam pergolakan dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung.

Pelakon berusia 42 tahun itu juga menegaskan usaha giat sedang dijalankan untuk memperbaiki situasi demi mengelakkan impak negatif kepada anak mereka.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Nora dan Nedim, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neyqal, yang kini berusia enam tahun. Utv



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati



Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak



Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker