Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Seremban: “Mak cakap walaupun kami sudah berbeza agama tetapi saya tetap anak kandungnya dan minta saya menjadi seorang Muslim yang baik serta terus menjaga agama saya,” kata Nurhidayah Abdullah yang berkongsi kegembiraan apabila bertemu semula ibu kandung selepas terpisah 27 tahun lalu.

Nurhidayah memulai pencarian ibunya sejak pertengahan bulan ini dan berhasil menemukan alamat rumahnya di Beranang, Selangor



Nurhidayah diserahkan kepada ibu bapa angkat, Jamilah Mohammad, 57, dan Omar Ismail, 62, oleh ibu kandungnya berbangsa India, P Murugamah, 51, ketika berusia dua hari kerana wanita itu berdepan masalah keluarga ketika itu.

Kisah pertemuan Nurhidayah dengan Murugamah buat kali pertama di rumah wanita itu di Beranang, Selangor pada Sabtu lalu meruntun hati netizen selepas video pertemuan menyedihkan itu dikongsikan rakan baiknya di TikTok.

Berkongsi kisahnya, wanita yang juga kakitangan swasta itu berkata, dia dibesarkan ibu bapa angkat selepas diserahkan ibu kandung melalui orang tengah dan sejak itu dia dijaga dengan penuh kasih sayang seperti anak kandung.

“Umi dan ayah jaga saya dengan baik dan berikan perhatian serta pendidikan dengan baik. Ketika saya di tadika mereka beritahu status saya sebagai anak angkat tapi tak pernah ajar saya membenci mak kandung.



“Umi juga selalu cakap kalau sudah besar nanti saya mahu cari mak kandung dia tidak akan larang dan mereka juga beri saya lihat gambar mak ketika menyerahkan saya 27 tahun lalu,” katanya menetap, di sini kepada Harian Metro.

Katanya, dia terbuka hati mencari ibu kandungnya selepas bekerja dan mula melakukan usaha itu sejak pertengahan bulan ini sebelum berjaya mendapat alamat rumah wanita itu.

“Saya memang sedih dan marah kerana mak kandung saya sanggup serahkan anaknya pada orang namun di sebalik itu saya bersyukur ditemukan dengan umi dan ayah yang sanggup menjaga saya seperti anak kandung mereka sendiri.

“Apabila sudah dewasa dan bekerja saya mahu tahu alasan mak serahkan saya kepada keluarga angkat. Sebab itu saya cuba mencarinya dan tak sangka Allah SWT mudahkan usaha itu dan saya dapat bertemu mak,” katanya memberitahu ibu bapa angkatnya sudah berpisah ketika dia berusia 15 tahun.



Menurut Nurhidayah, dia meminta rakan menemaninya ke rumah ibu kandung dan mengakui dia sebak apabila melihat wajah wanita itu buat kali pertama di hadapan matanya.

“Saya minta rakan bertanya sama ada ia rumah mak dan selepas itu barulah saya menghampiri mereka sebelum menyerahkan surat yang memang sudah saya tulis untuknya kerana saya tak kuat nak bercakap siapa saya di depannya.

“Selepas anak saudara mak selesai baca surat itu mak terus tanya adakah saya benar Aisha berulang kali dan Aisha adalah nama asal saya diberikan mak ketika dilahirkan.

“Apabila saya mengiyakan saya adalah Aisha dan salam tangannya terus dia peluk saya dan menangis bersama,” katanya.



Katanya, dia mengakui perasaannya bercampur baur apabila berasa gembira, sedih dan terkejut namun sudah berasa lega selepas mengetahui alasan wanita berkenaan menyerahkannya kepada keluarga angkat biarpun ia menyedihkannya.

“Kami berbual tiga hingga empat jam dan saya sudah tahu alasan mak serahkan saya. Saya belajar untuk pujuk hati dan menerimanya kerana apa yang berlaku ini adalah takdir Allah namun lega apa yang terbuku di hati sudah ada jawapan.

“Mak cakap setiap kali ulang tahun kelahiran saya dia akan ucapkan selamat hari jadi dan selalu tanya di mana saya dan bagaimana kehidupan saya. Itu juga membuatkan saya sedih kerana seorang mak tetap rindukan anaknya,” katanya.

Katanya, ibu bapa angkat juga tahu dia sudah berjumpa ibu kandungnya dan penerimaan mereka juga baik selain mahu menemukan dua wanita itu tidak lama lagi.



“Saya melalui kehidupan yang tidak mudah apabila terima banyak kata negatif kerana status dan perbezaan antara saya dengan umi, ayah tetapi saya sangat sayangkan mereka yang besarkan saya dengan penuh kasih sayang.

“Saya juga bersyukur dapat bertemu mak yang melahirkan saya kerana apa yang berlaku mak tetap ibu kandung saya,” katanya mengakui perkongsian video TikTok mendapat keizinannya dan turut terharu dengan komen positif netizen. HM

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker