Mahkamah Rayuan Tetapkan 6 September Dengar Rayuan Azeez Rahim

Mahkamah Rayuan Tetapkan 6 September Dengar Rayuan Azeez Rahim

Mahkamah Rayuan Tetapkan 6 September Dengar Rayuan Azeez Rahim

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 6 September untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.5 juta.

Peguam Azeez, Joshua Tay berkata, tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes dalam talian di hadapan timbalan pendaftar Mohd Khairi Haron hari ini.

“Penghujahan bertulis perlu difailkan pada atau sebelum 20 Ogos,” kata Tay kepada FMT.

Timbalan pendakwa raya Muhammad Azmi Mashud mewakili pihak pendakwaan.

Pada 12 Mac lalu, hakim Muhammad Jamil menolak permohonan Azeez untuk membatalkan semua 13 pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Azeez mohon batal 12 pertuduhan rasuah, ubah wang haram lebih RM140 juta

“Memandangkan pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguhan itu, ini menunjukkan bahawa mereka menghormati proses dinamik prosiding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.

Azeez, bekas pengerusi Tabung Haji, berdepan tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM139.3 juta.

Beliau dikatakan menerima RM5.2 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, di Lembah Klang antara Disember 2010 dan April 2018.

Azeez juga dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat, iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd.

Beliau mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat.

Gelombang ‘ribut Twitter’ #PenangTolakTambak raih lebih 300,000 sokongan

Bagaimanapun pihak pendakwaan berhujah bahawa permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu adalah pramatang dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Hakim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Azeez secara menyeluruh.

“Fakta ini menyangkal dakwaan bahawa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang itu berniat jahat (mala fide).

“Tertuduh juga berpendapat pertuduhan dan kes semasa tidak berkait dengan penyiasatan Tabung Haji,” kata beliau.

“Berhubung perkara ini, mahkamah harus menyebut bahawa peguam negara mempunyai budi bicara untuk memulakan prosiding jenayah terhadap tertuduh berdasarkan undang-undang yang dianggap wajar.”

Peguam Azeez, Amer Hamzah Arshad, berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap penolakan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram itu hari ini.

Abang Azeez, Abdul Latif, yang pada mulanya dituduh bersubahat dengannya atas dua pertuduhan memperoleh rasuah RM4 juta, yang merupakan sebahagian daripada RM5.2 juta yang didakwa diterima, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut bulan lalu.

Mahkamah Rayuan Tetapkan 6 September Dengar Rayuan Azeez Rahim


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Saman Ditolak, Tuduhan Rasuah Berlaku? Ini Penjelasannya – Azeez Rahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker