Peningkatan harga minyak masak tambah beban pengguna

Peningkatan harga minyak masak tambah beban pengguna

Peningkatan harga minyak masak tambah beban pengguna

oleh Dr. Nurazilah Zainal

Sejak dua minggu lalu, banyak aduan dan keluhan telah diterima ekoran kenaikan mendadak harga minyak masak botol di kebanyakan pasar raya tempatan.



Pengguna yang sememangnya sudah terbeban dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin tertekan apabila harga minyak masak melonjak tinggi.

Ada diantara pengguna yang telah pun terjejas sumber pendapatan akibat PKP dan kenaikan harga minyak masak ini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Harga minyak masak botol 2 kilogram (kg) dan 5kg yang sebelum ini berada diantara RM25 hingga RM28 telah meningkat kepada RM32 bagi pek seberat 5kg.

Penggunaan minyak masak terutamanya kepada isi rumah yang ramai memberi kesan amat besar terhadap peningkatan kos keperluan barangan asas ini.



Secara asasnya dalam tempoh berkurung ini, penggunaan minyak masak adalah tinggi kerana tempoh berada di rumah lebih lama berbanding sebelum ini.

Jadi amat tidak wajar jika pengguna terus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barangan asas dalam tempoh yang genting ini.

Melalui beberapa tinjauan yang dilakukan, beberapa pembekal memaklumkan kenaikan harga minyak masak ini berpunca daripada kenaikan kos kilang pengeluar menyebabkan pemborong turut menaikkan harga.

Pemborong juga menyatakan pengilang minyak masak menaikkan harga berikutan peningkatan harga minyak sawit baru-baru ini di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Seperti semua sedia maklum, minyak masak bersubsidi sukar diperoleh oleh pengguna kerana stoknya yang terhad.



Pihak yang terlibat dengan isu ini seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan haruslah mencari langkah proaktif supaya kenaikan minyak masak boleh dikawal agar tidak menambahkan beban kepada pengguna.

Pihak kerajaan pada dasarnya hanya mengawal harga minyak masak paket 1kg dan tiada kawalan pada minyak masak botol.

Harga minyak masak botol 2kg hingga 5kg bergantung sepenuhnya kepada harga pasaran minyak sawit mentah dunia dan kos lain yang menyumbang kepada penentuan harga runcit seperti kos operasi, bahan mentah dan pembungkusan.

Justeru itu, sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menetapkan kembali harga siling bagi minyak masak yang dibotolkan dan dimasukkan dalam senarai harga barangan kawalan supaya rakyat tidak terus terjejas.



Pihak KPDNHEP juga haruslah menambahkan kuota kepada minyak masak bersubsidi bagi meringankan beban pengguna. Utv

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Felo Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Peningkatan harga minyak masak tambah beban pengguna


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker