PKR persoal kenapa SOP berbeza, Kongres diarah tangguh saat akhir
PKR mempersoalkan standard berbeza yang dikenakan terhadap parti itu berhubung prosedur operasi standard (SOP) melawan wabak Covid-19.
Ia selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan PKR menangguhkan kongresnya yang dibuat secara dalam talian di saat-saat akhir semalam.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membangkitkan sejumlah kongres dalam talian yang telah dilangsungkan tanpa sebarang masalah ketika sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa sejak 1 Jun.
“Kongres Nasional PKR diarah MKN untuk tangguh pada saat akhir (walau MKN kata ‘tiada halangan’ pada 27 Mei) atas alasan SOP PKP tak membenarkannya.
“Tapi mesyuarat agung (dalam talian) lain okey saja? Semua ini tak langgar SOP PKP?” soalnya di Twitter.
MCA bantah arak: Inilah wakil rakyat kawasan muslim pembuat polisi negara
Dalam ciapan itu, dia turut melampirkan gambar sejumlah konferens dalam talian oleh organisasi lain sepanjang PKP.
Ia termasuk mesyuarat agung tahunan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Koperasi Perdana MyAlumni Polycc Berhad yang dirasmikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mansor Othman.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan jika semua program tersebut adalah “kegiatan sosial penting”.
“Untuk PKR, SOP berbeza,” k
Terdahulu, Saifuddin berkata MKN menerusi sepucuk surat mengarahkan kongres tahunan PKR itu ditangguh memandangkan “kegiatan sosial yang tidak penting” tidak dibenarkan.
MCA kritik PDRM, dakwa larangan kedai arak beroperasi melampau
PKR persoal kenapa SOP berbeza, Kongres diarah tangguh saat akhir
Baca Artikel Menarik
- Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik
- [VIDEO] Adik Perempuan Berlakon Dan Tiru Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur Sungguh
- Tiga Pelacur Layan Dua Lelaki Setiap Hari. Bayaran RM240-RM250 Setiap Sesi
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Biodata Artis Bella Astillah. Profail dan Latar Belakang
- Resepi bingka labu berkeju sedap
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Kluster terbesar di Hulu Terengganu berpunca dari rentas negeri, ziarah raya
You must be logged in to post a comment.