Resepi Mudah Cucur Jagung Rangup

Resepi Mudah Cucur Jagung Rangup

Resepi Mudah Cucur Jagung Rangup

Resepi cucur legend! Makan panas-panas, cicah pula dengan sos… Pergh, nikmat habis!. Sambil-sambil minum petang memang layan kalau dapat cucur jagung ni. Resepi yang sangat mudah tetapi sesuai dan kena dengan selera semua orang terutamanya bila dimakan panas-panas.

Nak tahu macam mana nak hasilkan cucur jagung yang rangup di luar tapi lembut di dalam? Jom cuba resepi mudah  ini .



Bahan-bahan:

  • 2 tongkol jagung
  • Air
  • 1 ulas Bawang besar
  • Garam
  • Tepung gandum
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Buang kulit jagung dan hiris isinya.
  2. Masukkan air dan semua bahan. Kacau sebati. ** Masukkan tepung secukupnya. Agak-agak supaya adunan jangan terlalu pekat.

  1. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  3. Angkat tos kan minyak di atas kertas tisu. Sedia untuk dihidang.

Mudah sahaja kan? Kalau anda penggemar pedas, bolehlah tambah sedikit hirisan cili hijau ke dalam bancuhan. Tapi biasanya cucur jagung ni rasa dia macam manis manis masin gitu.

Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk uols!

Resepi Mudah Cucur Jagung Rangup


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET

Resepi Nasi Daging Berempah Kurma



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker