Pemuda trauma ditumbuk polis, wang dirampas

Pemuda trauma ditumbuk polis, wang dirampas

Pemuda trauma ditumbuk polis, wang dirampas

Machang: Seorang pekerja kilang mendakwa terkejut dan trauma apabila ditumbuk di perut selain wang tunai RM600 dilarikan empat lelaki dipercayai anggota polis dalam kejadian Khamis lalu.

Dalam kejadian di lampu isyarat di Kilometer 2.6 Jalan Machang-Tanah Merah, dekat bandar Machang, Muhd Izani Mustapha, 21, dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di kampung Hutan Putih pada 8.15 malam.

Muhd Izani berkata, dia sepatutnya pulang ke rumah jam 6 petang, namun disebabkan mengalami sakit kepala, dia berehat di kilang selepas menelan panadol sebelum bergerak pulang ke rumah jam 8 malam.

“Bagaimanapun, ketika berada di lampu isyarat ‘flyover’ di bandar Machang, secara tiba-tiba motosikal saya dihalang oleh sebuah kereta jenis Proton Preve yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari hadapan menyebabkan saya terkejut dan pada ketika itu juga tidak banyak kenderaan yang berada di atas jalan.

“Empat lelaki dimana salah seorang daripada mereka memakai seragam lengkap anggota polis dan tiga lagi berpakaian biasa turun dari kereta dan terus meminta kad pengenalan diri saya.

“Sebaik menyerahkan kad pengenalan, saya di minta untuk memberikan beg galas yang dibawa bersama,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Padang Selising, di sini, hari ini.

Muhd Izani berkata, selepas dompet dan beg galasnya diambil, salah seorang daripada mereka bertanya dan mendakwa dia mengambil barangan terlarang, namun dia menafikan perkara itu dan secara tiba-tiba perutnya ditumbuk.

“Pada masa sama, mereka juga bertanya sama ada saya mampu membayar atau tidak. Ketika itu saya terpinga-pinga dan tidak mengetahui apa yang dimaksudkan sebelum wang RM630 diambil di dalam dompet yang dipegang oleh mereka.

“Saya cuba merayu supaya mereka mengembalikan semula wang itu kerana wang berkenaan untuk membayar ansurans bulanan motorsikal, cukai jalan, serta melunaskan sewa rumah.

“Bagaimanapun selepas merayu, mereka hanya memberikan RM30 kepada saya sebelum beredar menghala ke Kota Bharu,” katanya yang masih trauma dalam kejadian yang berlaku itu.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, selepas kejadian malam itu, dia balik dalam keadaan ketakutan dan masih terfikir kenapa dia diperlakukan sedemikian.

“Saya tidak pernah mengambil barang terlarang sebagaimana yang didakwa anggota polis berkenaan.

“Susulan kejadian itu, saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang Jumaat lalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Ganti Jimmy mengesahkan menerima laporan berkenaan ketika dihubungi dan siasatan lanjut akan dijalankan. HM

Pemuda trauma ditumbuk polis, wang dirampas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bukit Aman siasat kes timbalan pesuruhjaya polis Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker