Dr Azizan kongsi 12 kunci asas bina perniagaan berjaya

Dr Azizan kongsi 12 kunci asas bina perniagaan berjaya

Dr Azizan kongsi 12 kunci asas bina perniagaan berjaya

Kuala Lumpur: RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) berkongsikan 12 kunci asas dalam membina perniagaan berjaya menerusi Program RichWorks Business Bootcamp 101 bersama Datuk Dr Azizan Osman Siri Khas Total Lockdown: MCO 3.0 bermula 31 Mei hingga 12 Jun ini.

Program khas berkenaan diadakan secara percuma menerusi platform Zoom bersama pengasas RichWorks International dan mentor usahawan, Datuk Dr Azizan Osman.



Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd berkata, program ini adalah peluang terbaik bagi usahawan dan mereka yang menjalankan perniagaan sampingan atau merancang perniagaan di samping mendapatkan panduan serta tip dengan lebih terperinci.

“Sebanyak 12 topik penting, antaranya kunci memilik produk atau perkhidmatan, pemasaran, jualan dan bina pasukan akan melengkapkan seseorang itu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

“Dr Azizan bersama RichWorks terpanggil untuk menganjurkan program ini kerana kami faham situasi dan kesusahan yang dilalui sesetengah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini.

“Sebab itu, Azizan bersedia meluangkan masa kira-kira 90 minit setiap malam bermula malam tadi (kelmarin) sehingga 12 Jun kecuali Ahad,” katanya menerusi satu kenyataan.



Mengulas lanjut, mereka turut menyokong dan ingin membantu usahawan yang ingin memastikan perniagaan mereka bukan sahaja dapat bertahan, malah berkembang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Radz berkata, pihaknya percaya dengan perkongsian ini juga akan dapat membantu usahawan melihat kepada kejayaan dalam membimbing 1.1 juta usahawan sejak 2008.

Malah, 777 anak didik Richworks berjaya mencatat jualan lebih RM2 bilion walaupun ketika pandemik tahun lalu dapat membantu mereka. HM

Dr Azizan kongsi 12 kunci asas bina perniagaan berjaya


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


RichWorks sasar bantu 150,000 usahawan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker