Tergamak curi duit peniaga nasi lemak

Tergamak curi duit peniaga nasi lemak

Tergamak curi duit peniaga nasi lemak

KUALA LANGAT: Polis sedang mengesan dua lelaki yang mencuri duit seorang peniaga nasi lemak di sebuah restoran di Tropicana Aman, di sini, pada Ahad yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dua lelaki bermotosikal singgah di restoran tersebut dan salah seorang suspek berpura-pura memesan nasi lemak.

“Suspek melarikan wang hasil niaga nasi lemak bernilai RM200 dan satu telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor K Yusheindran di talian 0149653084 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerusi talian 03 31872222 atau balai polis berhampiran.

Tular video CCTV berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook memaparkan aksi jenayah berkenaan yang mendapat kecaman daripada netizen. Awani

Tergamak curi duit peniaga nasi lemak


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Warga asing separuh bogel cabul, samun warga emas ketika tidur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker