Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?

Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?

PETALING JAYA: Muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob, di Facebook menjadi perbualan hangat di media sosial, ekoran catatan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.



Catatan tersebut turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

“Dalam maksudnya Pak Long…harap tabah menjalankan tugas…,” kata seorang pengguna FB, jaffarbasri.jaffarbasri di ruangan komen.

“Takpe la DS (Datuk Seri)…DS dah buat yang terbaik…Tapi yang suka pintu belakang lebih ramai…” kata seorang lagi pengguna FB, AndyAriffin.

Setakat berita ini ditulis, catatan tersebut mengundang lebih 5,000 komen dan 4,000 perkongsian dalam 53 minit selepas dimuat naik.



Datuk harus teruskan bersuara agar menteri yang lain itu dengar masalah yang berlaku. Selagi sektor kilang dibuka maka lockdown (sekatan pergerakan) kali ini umpama tiada erti pada rakyat.

“Fikir-fikirkanlah Datuk. Jangan biarkan diri Datuk dipersalahkan oleh rakyat. Kerana satu kutu habis semua jadi mangsa,” tulis seorang warganet di hantaran tersebut.

“Pintu belakang kilang banyak,” tulis seorang lagi.

“Tapi ada ‘menteri sektor’ itu buka pintu belakang,” tulis yang lain pula.



Telahan warganet

Telahan warganet itu dipercayai merujuk kepada kebenaran beroperasi kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sejak semalam.

Pada 30 Mei, Ismail Sabri mengumumkan semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh, kecuali 17 sektor yang dianggap perkhidmatan perlu.

Kilang juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu, melainkan perkhidmatan perlu mengikut sektor tertentu di bawah 12 kategori.

Pada 31 Mei, Putrajaya memutuskan mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh “total lockdown” 14 hari bermula semalam boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).



Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Miti akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mengeluarkan surat yang membolehkan perniagaan beroperasi dalam tempoh “total lockdown”.

Kebenaran pembukaan kilang tertentu beroperasi sebelum ini mengundang kritikan beberapa ahli politik, antaranya Najib Razak yang mendakwa dengan pembukaan sesetengah sektor, banyak lagi kilang atau sektor lain yang berkaitan akan turut dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama – Ismail Sabri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker