COVID-19: Johor umum Pakej Ransangan Ekonomi 3.0

COVID-19: Johor umum Pakej Ransangan Ekonomi 3.0
COVID-19: Johor umum Pakej Ransangan Ekonomi 3.0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan lancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 dalam masa terdekat bagi membantu rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata bantuan pusingan ketiga yang disalurkan ketika COVID-19 itu membuktikan Johor sentiasa mengutamakan aspek kebajikan dan kepentingan rakyat, dalam tempoh pandemik.

Katanya, selain PRE Ihsan Johor 3.0 yang akan mula diagihkan, kerajaan Johor juga memperuntukkan RM10 juta bagi pemberian bakul makanan pada rakyat terjejas ketika ini.

PRE Ihsan Johor 3.0 fokus kepada dua perkara, iaitu pemerkasaan pengurusan pandemik Johor selain mengukuhkan bantuan keselamatan sosial kepada rakyat yang memerlukan.

“Setakat 23 Mei lalu, PRE Ihsan Johor 1.0 yang sudah selesai diagihkan memanfaatkan seramai 295,464 penerima terjejas di negeri dengan peruntukan berjumlah RM167.33 juta. PRE Ihsan Johor 2.0 pula memanfaatkan seramai 387,674 penerima dengan peruntukan RM109.48 juta.

“PRE Ihsan Johor 3.0 kali ini akan diumumkan dan dilaksanakan segera supaya dapat sampai secepat mungkin kepada golongan sasar selain menggerakkan usaha pemulihan ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan.

Pakej Rangsangan Ekonomi

Pakej Rangsangan Ekonomi yang disalurkan Johor itu adalah pelengkap kepada inisiatif dan bantuan disalurkan kerajaan Persekutuan serta kesinambungan daripada PRE Ihsan Johor 1.0 dan PRE Ihsan Johor 2.0, yang disalurkan sejak tahun lalu.

Kerajaan negeri juga akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) Johor, dalam masa terdekat.

Ia bagi membantu aktitivi wakil rakyat dalam program pendidikan COVID-19 di kawasan masing-masing termasuk program advokasi dan membantu meuar-uarkan informasi yang tepat dan sahih berkaitan usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19 selain membantu pendaftaran vaksin membabitkan masyarakat luar bandar dan warga emas.

“Bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamatnya, saya menyeru semua pihak yang terbabit terutama masyarakat supaya bersama-sama memainkan peranan masing-masing dengan terbaik.

“Dalam kita bersama-sama berjuang memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini, patuhilah semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana tanggungjawab dan kejayaan memerangi virus ini terletak dalam diri setiap kita,” katanya. BH

COVID-19: Johor umum Pakej Ransangan Ekonomi 3.0


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

‘Lockdown’ antara cadangan Johor kepada Putrajaya, kata Hasni

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker