‘Lockdown’ antara cadangan Johor kepada Putrajaya, kata Hasni




Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad memaklumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh antara cadangan yang dikemukakan kepada Putrajaya susulan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negeri itu.

Semalam, Johor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 699 kes dengan Johor Bahru paling teruk terjejas selepas semua mukim dalam daerah itu dikategorikan sebagai zon merah.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga ketika ini sedang berbincang untuk melaksanakan satu pakej rangsangan baharu buat rakyat Johor.

“Terima kasih kerana ‘tweet’ saya. Suara Johor selalu dibawa ke Persekutuan. Termasuk ‘lockdown’ dan sebagainya. Kita pilih mana yang terbaik,” katanya di Twitter.

Sejak malam tadi, Twitter Hasni dihujani mesej warganet yang menyuarakan kebimbangan dan pandangan susulan peningkatan mendadak kes di negeri itu.




Hasni yang memberi reaksi beberapa mesej Twitter berkata, peningkatan kes di Johor adalah kes bukan sporadik dan kebanyakkannya adalah membabitkan kluster serta kontak rapat.

“Bagaimanapun, kita tidak harus leka dengan fakta (angka kes),” tambah beliau.

Antara mesej yang diberi reaksi hasni adalah pengguna Twitter @johobaru: “Tak kata MB Johor tak function, tapi MB Johorlah ‘leader’ negeri Johor yang boleh bawa pandangan ke persekutuan. Kalau tag MB Johor yang jaga pentadbiran pun tak betul, takkan nak tag Sultan Johor? ”

Selain itu, @AcaiPetrelli: “Mengambil kira fakta ada mungkin dalam kalangan kita yang curi-curi pergi beraya(daerah/negeri).. tak sporadik tapi dalam masa terdekat boleh jadi sporadic/’asymptomatic’ berdasarkan statistik semasa.. tuan mungkin boleh mengambil langkah proaktif dalam melindungi rakyat johor”.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah menyeru satu perbincangan secara bermesyuarat diadakan dalam kalangan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor dengan dipengerusikan oleh Menteri Besar.




Titah baginda, melalui perbincangan, semua Ahli Parlimen dan ADUN boleh memberikan buah fikiran dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak Covid-19 dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bangsa Johor. FMT

PPBM Johor ugut MB, kerajaan di Johor boleh tumbang bila – bila masa



Leave a Reply

Your email address will not be published.