Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama – Ismail Sabri

Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.



“Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan saya baharu bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April.

Dalam pada itu kata Ismail, kerajaan juga membenarkan pemuzik jalanan sepenuh masa yang bergantung hidup dengan persembahan mereka di restoran dan gerai untuk meneruskan persembahan.

Sementara itu, kerajaan akan membenarkan program berbentuk mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) dengan pengunjung dihadkan 25 peratus daripada kapasiti premis atau maksimum 250 orang bermula 5 Mac depan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal mengenai isu berkenaan.



‘Pilot’, penumpang dikompaun rentas negeri guna pesawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker