Gajah Pygmy naik minyak, serang penjaga taman hidupan liar Sabah hingga maut

Gambar Hiasan

PENAMPANG – Seorang penjaga Taman Hidupan Liar, Lok Kawi berusia 46 tahun maut diserang seekor gajah pygmy dalam kejadian pagi semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lelaki berkenaan parah di bahagian dada serta perut akibat diserang haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan tugas rutin memberi makan dan membersihkan anak gajah berkenaan.

“Namun seekor gajah dewasa secara tiba-tiba telah menyerang mangsa ketika sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.



“Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kesihatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd. Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden terbabit.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker