Umno gesa Muhyiddin buat PKP penuh

Dua pemimpin Umno mencadangkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) dalam menangani wabak Covid-19 yang semakin memburuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Pemuda Umno mencadangkan ia dilaksanakan selama 21 hari, dengan bantuan kewangan khas hendaklah disediakan kepada rakyat sepanjang tempoh tersebut.

“Sediakan bantuan khas untuk rakyat bagi tempoh tersebut, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan Lanjutan Moratorium selama tiga bulan tanpa caj tambahan,” kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.



Katanya, kerajaan wajar mencontohi kebijaksanaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menggesa rakyat berdisiplin untuk tidak keluar daripada rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan,” katanya memetik kenyataan baginda.

Meskipun hampir keseluruhan Malaysia kini bawah PKP, ia tidaklah seketat seperti yang dikuatkuasakan pada Mac dan April tahun lalu, yang menyaksikan hampir semua perniagaan ditutup dan rakyat dikehendaki tidak keluar daripada rumah tanpa sebab wajar.

PKP kali ini, dijuluk sebagai PKP3.0, bermula sejak 12 Mei.



Selepas 16 hari pelaksanaannya, ia belum menampakkan keberkesanan pelaksanaan apabila kematian Covid-19 dan kes rawatan ICU terus mencatatkan peningkatan.

Jangan obses dengan KDNK

Sementara itu, dalam satu kenyataan video di Facebook, ketua penerangan Umno Shahril Hamdan berkata kerajaan harus lebih memikirkan soal nyawa rakyat berbanding soal defisit.

Katanya, kerugian RM2.4 bilion yang dikatakan ditanggung kerajaan ketika PKP1.0 dahulu, bukanlah kerugian yang ditanggung rakyat, tetapi sebenarnya merupakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dianggarkan tidak akan dijana akibat pelaksanaan PKP.



“Kerajaan sering mengingatkan kita bahawa jika PKP penuh dilaksanakan, negara akan menanggung kerugian RM2.4 bilion setiap hari seperti mana pernah dilalui PKP1.0 tahun lepas (Mac dan April).

“… Jika kerajaan boleh lupakan KDNK, pelihara pendapatan dan pekerjaan buat sementara untuk rakyat, di samping lockdown, maka bukankah itu cara yang terbaik?

“… Saya melihat disebabkan kerajaan Malaysia terlalu takut defisit, terlalu takut hutang, sebab itulah ia tak mahu lockdown,” katanya.

 



Katanya, tidak ada negara di dunia ini yang mendahulukan sasaran defisit berbanding kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam sektor ekonomi mereka.

“Tatkala seluruh dunia menghadapi krisis berganda kesihatan dan ekonomi, paling teruk dalam sejarah moden dunia.

“Obsesi kita terhadap KDNK, terhadap defisit, terhadap hutang (kerajaan), perlu kita lupakan.

“Saya yakin rakyat memahami keperluan untuk mengimbangi antara kepentingan menyelamatkan ekonomi dan kepentingan menyelamatkan nyawa.



“Tetapi selamatkan ekonomi saja, kalau tiap-tiap hari angka Covid-19 meningkat, angka korban meningkat, tak ada gunanya,” katanya lagi.

Menteri Umno wajar tarik diri segera demi Malaysia – Isham

Umno gesa Muhyiddin buat PKP penuh

 




Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker