Laman web vaksin ‘harga Yahudi’?

 

Sebagaimana kenyataan media Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) pada 28 April 2021 lalu, peruntukan berjumlah RM70 juta untuk laman web vaksinasi adalah bagi melaksanakan perkara/item integrasi data dan sistem janji temu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa peruntukan bagi perkara/item ini adalah melibatkan integrasi dan pembangunan sistem pengantara bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin serta pemantauan bekalan vaksin dari penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).



Namun, segala yang dijelaskan itu seakan ‘indah khabar dari rupa’ apabila majoriti rakyat menzahirkan apa yang dihadapi apabila menggunakan sistem yang diwara-warakan dananya yang cukup gah itu pada tengah hari semalam, 26 Mei 2021.

Di mana yang memudahkan rakyat?

Sejak tengah hari lagi, ramai yang telah menanti depan laptop juga handphone masing-masing. Sekali tergendala, dan memaklumkan akan dibuka pada 12.15 tengah hari 26 Mei, semalam.

Seterusnya apa jadi? Rakyat terus menanti dan menanti hinggalah percubaan yang entah kali ke berapa. Yang mana setiap kali masuk semula, perlu membuat pengesahan bahawa kita bukan robot.



Total lockdown mulai 1 Jun di seluruh negara

Sangat sedikit sekali respons yang mengatakan dapat mengisi dengan jayanya, melainkan yang berkongsi betapa sistem itu hanyalah nilaian yang sangat teruk.

Beberapa pengguna turut mengatakan mereka tidak dapat menekan untuk memilih pusat vaksinasi pilihan dan terdapat juga menerima mesej ‘error’ daripada Cloudflare iaitu perkhidmatan keselamatan laman sesawang.



Lagi sadis, ada yang langsung tidak dapat melakukan apa-apa ketika berurusan di laman web tersebut. Pihak kementerian yang mengendalikan ini sewajarnya tampil memberikan maklum balas ini. Adakah rakyat akan terus berasa ditindas dan ditipu sebegini.

Maklum balas daripada orang ramai yang tidak dapat menyelesaikan proses pendaftaran mereka meskipun cuba melakukannya berulang kali perlulah dipandang serius. Bukan sahaja masa terbuang, kerja lain yang dapat dibuat juga tertangguh.

RM70 juta bukanlah angka yang kecil untuk rakyat tutup mata dan biarkan begitu sahaja.

Realitinya seperti harga ‘cikai’



Murah atau mahalnya, kita lihat di sini langsung tiada kualiti. Malahan ia membuatkan rakyat geram, marah dan protes. Harga cantik sahaja, tapi perkhidmatan yang diterima rakyat, lebih teruk daripada harga ‘Yahudi’.

Apakah itu boleh dibiarkan saja?

Laksana segera PKP penuh untuk cegah COVID-19



Proses yang dibuat tidak memberikan ‘kerjasama’ yang baik hingga berulang kali mencubanya. Tidak terkecuali menjadi bahan sarkastik di media sosial sebagai tanda protes rakyat dengan pihak yang mengendalikan.

Seorang pelayar FB yang bernama ZF Zamir berkata, “Saya salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang mengemis dan dilayan seperti pariah oleh laman web vaksinCovid.gov.my tengah hari tadi (semalam).”

Beliau berkata, untuk rekod, ini bukan kali pertama mereka yang mahukan vaksin ini dilayan seperti sampah oleh pihak kerajaan.

“Ketika kali pertama tawaran vaksin AstraZeneca dibuka tempoh hari, saya juga salah seorang yang mendaftar namun gagal mendapat sebarang jawapan. Begitu juga pada Sabtu lepas, tepat jam 12 tengah hari saya menunggu di hadapan laptop hanya untuk mengetahui bahawa hanya mereka yang berumur lebih dari 60 tahun sahaja boleh membuat pendaftaran.”



Pengguna yang bernama Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata, “Khabarnya Shopee dan Lazada tak jem walau belanja tak sampai 70 juta.”

Nurul Intan Zanariah pula menyuarakan rasanya, “Harga website katanya 70 juta tapi serupa hape entah. Stuck sini sana. Tak boleh tekan button situ sini. Tiba-tiba slot dah penuh. Semua orang berperang nak dapatkan vaksin. Lepas ni, jangan memandai cakap rakyat tolak vaksin pula.”

Salihin Abd Rahim yang menggunakan hanstag #Covid #khairyjamaluddin #70juta #astrazenecamalaysia #usahawansambal pula berkata, “RM70 juta spent. System hanged & false representation. Kalau dah penuh, warnakan kelabu tarikh tu, kenapa masih hijau…? Rasanya Shopee Lazada handle traffic lagi banyak… Kenapa tak sub-out jer?”

Hormati dan hargailah rakyat

Vaksinasi adalah hak dan keperluan rakyat, ia tidaklah wajar perlu berdaftar atau mohon. Sepatutnya pihak kerajaan memudahkan urusan tersebut untuk rakyat menerima vaksin ini sebagaimana beberapa negara lain lakukan terhadap rakyatnya.

Isu ini bukannya sekali terjadi. Namun yang kali ini sangat membangunkan rakyat dari lena. Harga sebuah pengendalian portal berharga RM70 juta, tetapi yang dapat dilayari rakyat adalah seperti 7 sen cuma.

Klinik, makmal swasta kenakan caj tinggi ujian saringan COVID-19

Di mana harga rakyat di mata pemimpin? Saya tertarik membaca status ZF Zamir di statusnya pada nombor 20 dan 21 iaitu:

“Kepada kerajaan yang mengaku mentadbir menggunakan modal Melayu-Islam ini – menjawablah di padang Mahsyar kelak. Saya tidak mampu lagi bertahan, lebih-lebih lagi kepada teman-teman yang masih sanggup backup kerajaan seperti ini di luar sana. Jika kalian masih sanggup mempertahan kerajaan zalim seperti ini, didoakan duduklah kalian di tempat yang selayaknya.”

Ayuh teruslah doa-doa kita agar Allah segera hadirkan pemimpin yang menggunakan al-Quran sebagai panduan, agar negara ini ditadbir sebagaimana Allah dan Rasul-Nya inginkan.

Terus juga kita doakan agar Covid-19 ini segera lenyap di bumi Malaysia ini dan dunia agar kita semua dapat menjalani hidup yang lebih baik sebagai hamba-Nya yang taat.

Kita masih punya kesempatan untuk merubahnya.

Peringatan kepada kerajaan

Seharusnya dalam isu ini, Khairy selaku menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan perlu mendedahkan kisah sebenar siapakah yang mendapat kontrak bagi membangunkan laman sesawang tersebut selain memberi respons terhadap apa yang berlaku semalam!

Jangan terus biarkan rakyat terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Patutnya seorang KJ sigap mengendalikan isu hangat ini, bukan diam membisu.

Usia bawah 21 tahun lebih terdedah kepada varian India

Beranikah letak jawatan atau dipecat sebagaimana ‘orang Pasir Salak’ yang dilaporkan ditamatkan serta-merta?

Tentunya kerajaan yang diharapkan ialah barisan manusia pemerintah yang seharusnya kenal keperluan rakyat, yang faham sensitiviti rakyat, yang mengiktiraf kepandaian rakyat apalagi yang bijak mengambil hati rakyat.

Ini tidak seperti yang sepatutnya!

Tempat berpaut yang ‘gagal’

Begitu juga, rakyat tentunya perlu kepada perkhidmatan kerajaan, namun tidaklah bermakna ia boleh dilayan dengan sambil lewa dan begitu sahaja. Dengan nilaian yang bukan sedikit, ia sewajibnya mendapat perkhidmatan yang eksklusif. Namun peristiwa semalam menampakkan ia adalah sesuatu yang teruk diberikan kepada rakyat.

Sedarlah, rakyat memang ada kepentingan yang perlu diperjuangkan, rakyat juga ada keinginan dan kepakaran mereka, tidak mudah diperkotak-katikkan apalagi diperbodohkan.

Teruskan suara-suara kita sebagai rakyat untuk membela dan menyuarakan hak, sepertimana biadapnya seorang bekas pengerusi Prasarana ketika sidang media kemalangan transit aliran ringan (LRT) Isnin lalu, dan sudah pun ia terima balasannya.

ATRIZA UMAR berkhidmat di Jabatan Penerangan dan Perhubungan, Pertubuhan Ikram Malaysia.

Tommy Thomas, Sri Ram bersubahat aniaya saya – Rosmah

Laman web vaksin ‘harga Yahudi’?

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Vaksin Covid-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian meluas

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker