Tiada Kompaun Makan Dalam Kereta Dikeluarkan -Polis
Tiada Kompaun Makan Dalam Kereta Dikeluarkan -Polis. Polis menafikan ada mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang berang dalam sebuah video tular berhubung isu makan dalam kenderaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sitiawan di sini.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang kompaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.
Beliau percaya lelaki terbabit salah faham kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengenai tindakan kompaun ke atas pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Bagaimanapun, Nor Omar melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video dengan kandungan mesej tidak jelas yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lebih jelas daripada pihak berkaitan dan tidak menularkan atau membuat video yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.
Video yang tular di media sosial berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki seolah-olah bengang mengenai isu makan di dalam kenderaan sambil meriba bungkusan makanan di dalam sebuah kereta.
“Aku ada rentas negeri punya surat, aku dari Ipoh datang Sitiawan. Sekarang aku beli nasi takkan nasi ni aku nak bungkus balik ke Ipoh baru makan.
“Aku laparlah, aku mesti makan sekarang jugalah, takkan 100 kilometer aku bungkus nasi nak balik rumah (baru) makan,” katanya dalam video itu.-SH
Tiada Kompaun Makan Dalam Kereta Dikeluarkan -Polis
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.