Pemuda dikompaun RM5000 rentas daerah sebab ‘dating’

Sebaran :

Pemuda dikompaun RM5,000 rentas daerah sebab 'dating'

Pemuda dikompaun RM5000 rentas daerah sebab ‘dating’

ALOR SETAR: Seorang pemuda dikompaun RM5,000 kerana merentas daerah dari Jitra semata-mata untuk keluar bersiar-siar dengan rakan wanitanya di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.15 petang di Jalan Limbong Kapal di sini oleh Pasukan Pemantau COVID-19.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya menahan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki seorang lelaki bersama rakan wanitanya dalam rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Melalui semakan, pemandu kenderaan mengaku datang dari Jitra, Kedah untuk keluar bersiar-siar bersama rakan wanitannya namun semakan lanjut mendapati wanita itu beralamat di Alor Setar.

“Susulan itu, kita mengeluarkan kompaun ke atas lelaki tersebut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasuki daerah ini semasa tempoh pelaksanaan PKP,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).

Ahmad Shukri berkata, rakan wanita kepada lelaki berkenaan dibenarkan pulang dengan amaran.

Tambah beliau, pasukan pemantau OP Covid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar akan meneruskan pemeriksaan mengejut di semua lokasi di daerah ini. Awani

Pemuda dikompaun RM5000 rentas daerah sebab ‘dating’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Pengarah filem tamil dikompaun RM10,000 langgar SOP


Sebaran :

Leave a Reply