Pengarah filem tamil dikompaun RM10,000 langgar SOP

Pengarah filem tamil dikompaun RM10,000 langgar SOP
IGP Tan Sri Mohamad Fuzi Harun attend monthly assembly in Bukit Aman January 16, 2019. ― Picture by Ahmad Zamzahuri

Pengarah filem tamil dikompaun RM10,000 langgar SOP

PORT DICKSON: Seorang pengarah filem Tamil dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan melakukan penggambaran filem di tempat bebas di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, kompaun ke atas pengarah tersebut yang merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun dikeluarkan ketika dia sedang menjalankan penggambaran filem di lokasi berkenaan pada pukul 11.30 pagi.

“Kompaun RM10,000 telah dikeluarkan semasa penggambaran sedang dijalankan di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, di sini setelah pihak polis menerima maklumat berkaitan penggambaran filem di kawasan tersebut.



“Orang kena kompaun itu telah melanggar garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara yang berkuatkuasa mulai 12 Mei 2021 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Aidi Sham, individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP yang telah ditetapkan MKN dan sepatutnya penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

“Pihak polis, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, memandang serius sebarang pelanggaran SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh MKN.

“Di samping itu, pasukan ‘task force’ SOP PKP juga akan terus memantau ziarah Aidilfitri dan memastikan SOP MKN dipatuhi sepanjang Aidilfitri ini,” katanya lagi. -UO



Pengarah filem tamil dikompaun RM10,000 langgar SOP


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Polis cari pemilik Twitter fitnah kena kompaun RM30,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker